Isnin, 10 September 2012

Selamat Berjuang!!

Assalamualaykum.

Selamat berjuang adikku Muhammad Ihsan Hazim!! Ayong doakan Adik dapat buat yang terbaik dalam UPSR ni. Semoga 7A berjaya digenggami ye. Kalau tak dapat apa yang kita inginkan, mungkin Allah akan beri yang terbaik untuk kita pada masa akan datang, tapi apa yang penting....


USAHA DULU, JANGAN MUDAH MENYERAH KALAH!!

Semoga berjaya dalam UPSR.

Semoga tenang menjawab soalan.

Semoga Allah mengirimkan ilham para malaikatnya membantu.

Selamat berjuang juga buat anak didik di SK Stunggang Melayu, Lundu. Anak murid praktikum di SK Padang Kemunting, SK Losong, SK Duyong, Kuala Terengganu. Semoga natijah yang akan diraih nanti setimpal dengan hasil usaha yang dilakukan. Ustazah halalkan segala ilmu yang dicurahkan, semoga berjaya!!


Selamat Berjuang  
(BROTHERS)

Malam Siang Berlalu
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya

Sejenak Kuterkenang

Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya

Berat Rasanya Di Dalam Jiwa

Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya

Selamat Berjuang Sahabatku

Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita

Hati Ini Sayu Mengenangkan

Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan

Tetapi Ku Akur Pada Hakikat

Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan