Selasa, 18 Jun 2013

Apa Nak Jadi (Part 1)

Assalamualaykum.

Teringat lagu SM Salim.

Apa nak jadi...Apa nak jadi....
Sampai sekarang tak kawin lagi....
Ehhh?

Semalam, ajar rukun solat untuk murid tahun 4.
Sy suka guna video ataupun nyanyian untuk memudahkan murid mengingat.
Sy suka jugak teknik bercerita, tapi sering kali cerita itu kurang menjadi. Haha...
Nyanyian pun, bukan sy yang nyanyi, dengan bantuan audio atau video jugak.
Kalau sy nyanyi, alamatnya taufan la melanda.
Tapi sy suka guna teknik nyanyi-nyanyi ni sebab budak lebih suka dengan lagu.

So, untuk ajar rukun solat, untuk lebih memudahkan ingatan dyorang, sy gunakan nyanyian la.
Trimas bumet, buat tajuk ni untuk tesis PISMP hari tu. 
Sy sedut jek dengan bumet tersayang.. Muahaa... 

Alhamdulillah, strategi sy ini agak berjaya. Hampir 85% murid mampu mengingat dengan baik. PdP akan diteruskan untuk topik yang seterusnya. Eheh, cam tulis refleksi pulak ye... Tapi memang betul, agak berkesan. Sape nak lirik lagu tu sila pm ye =P

Uhu, berkali-kali ulang kompem la ingat kan?
Sesudah berpuas hati dengan dapatan yang diperoleh, yang 15% tidak dapat menguasai tu memang dah terbukti agak 'lambat' dari segi kognitif & ada masalah pembelajaran. Sy tanya tanpa nyanyian pun dyorang buleh sebut satu persatu kiranya PdP sy agak berjaya pada hari itu.

Jadi sebelum balik, sy tanya la pasal bilangan rakaat dalam solat la.
Taw apa yang sy dapat??

OMG!!
Isya' = 3 Rakaat
Subuh = 4 Rakaat
Zohor = 5 Rakaat
Asar = 3 Rakaat
Maghrib = 4 Rakaat

So????

Hadoi..Memang tepuk dahi, tepuk kepala sy.
Memang la bukan semua yang jawab cenggitu,
 tapi ada la yang jawab mengarut tu.
Letih...letih...letih.....

Sy tahan tak bagi yang budak yang jawab merapu  meraban tu balik. 
Ada dalam 4-5 orang yang jawab gitu, jadi 4-5 orang yang tersangatlah bertuah ni sy agihkan kepada beberapa kumpulan yang agak pandai sikit. Maksudnya semua takleh balik la selagi budak-budak bertuah tu tak dapat nyatakan bilangan rakaat solat dengan betul. 

Tergagap-gagap sikit pun sy x luluskan. Terpaksa la bebudak yang padai tu ajar dyorang sampai la sy berpuas hati. Mengamuk kot bebudak pandai tu. Muahaaa... Ada mak bapak datang jenguk, apsal la anak dia tak balik-balik lagi, sedangkan loceng dah berbunyi 7-8 minit lepas dah. Ada aku kesah?? Benda asas kot, tak taw jawab naya je la. 

Last-last, tinggal sorang je budak yang betul-betul lemah, sy namakan A je la. Sepatutnya masuk kelas pendidikan khas kut, sebab memang kronik sangat dah A. Tapi, paham-paham la... Keadaan kat sini tak sama dengan Semenanjung. Budak pon ciput je, cane nak wujudkan kelas pendidikan khas, cekgu pon x cukup kan.. Tambah mak bapak jugak tanank hantar anak dia yang special tu ke sekolah khusus, memang takleh nak buat pepe. 

Kawan-kawan dia semuanya bengang giler. Yang sy tugaskan ajar sampai buleh sebut dengan betul tu kebanyakannya yang dapat top 5 dalam kelas, budak pandai, anak cikgu & agak bergeliga otak mereka. Tapi tu pun tak buleh nak membantu si A ni tadi.

Tetiba, masuk budak Moral (budak Pendidikan Moral (Iban) belajar dengan cikgu lain di kelas yang berasingan), budak tu dok dengar kawan-kawan dia ajar A, sambil terpekik terlolong. Kawan-kawan dia memang bengang giler, tapi sy buat derk je. Rasakan la pulak korang kan. Cuba pikir perasaan cikgu ajar 30-40 macam peel korang dalam kelas. *balas dendam*. Sy biarkan je budak Iban tu dengar & tengok kawan-kawan dia dok ajar.

Si A ni kunun-kunun datang tasmik depan sy, berkali-kali sy soal, tetap solat Maghrib 4 rakaat jugak!! Selagi A ni takleh jawab semua kawan-kawan dia tak dapat balik. Memang dyorang bengang sangat la. Sy pun buat-buat tanya budak Iban tu. 
Menakjubkan!!

Budak Iban tu dapat jawab dengan lancar tanpa sebarang salah pun setiap soalan sy tentang bilangan rakaat dalam solat. 

See??

So, sy suruh budak Iban tu pulak ajar A sampai boleh & alhamdulillah, si A ni dapat jawab. Budak Iban tu bagi formula pe tah, si A dapat jawab. Betul pulak tu.. -__-

Hurm... 
Dah, kenapa jadi cenggitu?
Salah siapa?
Salah gurukah yang tidak mengajar sedangkan silibus bilangan rakaat ni ada dari Prasekolah kutt....

Sy tanya punya tanya, 
mak ayah pun jarang nak solat kat rumah.
Jarang ajak anak-anak solat.
Jarang solat depan anak-anak.
Ada mak ayah tak pernah solat langsung.
Dah camne?

Sedih, memang menyedihkan.
Memang la ada KBS (Kem Bestari Solat) 4 kali setiap tahun. 
Tapi, memadaikah?
Massa bebudak kat sekolah dengan kat rumah mana lagi banyak?
Masa anak murid dengan ustaz ustazah, cikgu-cikgu dengan mama papa kat rumah mana lagi banyak?

Kat sekolah, kami ajar teori dan amali.
Tapi kat rumah, mak bapak tak pernah mempraktikkannya 
camane nak lekat dalam kepala otak anak-anak?

Letih taw....tu pun adaaaaaaaa lagi manusia yang mempertikaikan kerja cekgu, gaji yang cekgu terima. Hadoi......
Apa nak jadi............?

p/s:
Kalau ada masa nanti sy nak kongsikan 1 lagi 'ceritera menarik' yang berlaku hari ini T___T
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan