Khamis, 9 Januari 2014

VVVVVVVVVIP?

Assalamualaykum.

Sedang syok-syok buka FB kat kelas tahun 1 tadi, ehh?? *kantoi =P* Tuan Pengarah JPN Sarawak datang 'menziarahi' sekolah kot. Tak ke haru sy. Miahaha...
Dah la tahun 1, selamba badak buka laptop pulak kan.

Bukan buka FB, sy sedang buka folder buku teks untuk dikemaskini sebenarnya sebab dah alang-alang murid tahun 1, 3 minggu ni masih dalam minggu transisi. Mewarna, bermain je kejean budak tahun 1 minggu transisi ni, jadi sy buka la laptop untuk buat kerja sekolah yang lain sambil-sambil pantau aktiviti mereka.

Sekali, 
Nampak la kenderaan rasmi JPN masuk dalam pagar sekolah.
Sy ingatkan PPD ke, nazir ke, unit buku teks ke yang biasanya rajin jalan-jalan cari pasal ke sekolah ni.
Padahal Pengarah JPNS kott.
PENGARAH okey?
Bukannya orang bawahan yang biasanya kalau ada majlis apa-apa bila jemput beliau sebagai perasmi sibuk memanjang, dan akan ada la yang akan gantikan beliau, bagi pihak.
Mula la cuak-cuak ubi -__-

Tengok muka serius semacam je, takut la jugak seposen.
Refleksi RPH hari ni belum buat kot. 
Yang hari-hari sebelum ni memang sy belum buat lagi pun. Hahaha.
Serams jugak kan, buatnya nak masuk tengok tahun 1, kebetulan yang sangat 'baik' pulak masa sy yang masuk, memang macam nak kena gantung la kot gamaknya.
T__T

Tapi, mujur la dia tak teringin nak masuk kelas.
Just tengok-tengok kawasan sekolah, sembang-sembang dengan GB.
Pheewwwwww..
Lega macam lepas kena sembelit 5 hari. Ehh? =P

Yang lucunya, ada la rakan guru keluar nak ke kedai makan kat pekan nun, tapi terpaksa patah balik ke sekolah bila dapat panggilan daripada kawan-kawan kat sekolah yang pengarah datang.
Maklom la sekolah kat sini takda kantin-kantin ni.
Cekgu-cekgu, masak air, buat megi jek.
Tak pun, masak air, kacau Kopi Ali Cafe cicah biskut tawar.
Hoho...realiti kot.
Sebab tu rambut semakin gugur. -..-

Yang tengah tu la PENGARAH JPNS, yang baju corak-corak gelap tu GB tersayang


Cikgu-cikgu laki je yang layan beliau. Kekeke..
Pentadbir kompem-kompem la kena layan VVVVIP ni kan.
Haa, yang baju kuning-kuning oren tu PK HEM sy, ore Klate gak, tapi dah terkahwin dengan orang local dan memang tak akan balik kampung dah kot. Huhu.
Cekgu-cekgu pompuan curi-curi amik gambar dari dalam bilik guru.
Paparazi katakan, nak upload dalam FB kot T__T.

Ingatkan garang, tetapi mengikut cite PK KO dan cekgu-cekgu laki, beliau sangat humble, sporting sangat-sangat la. Uhuk...Rugi la pulak tak kenyit-kenyit mata tadi.
Mesti untung besar, dah la hensem, kot-kot la ada harapan nak bodek-bodek mintak transfer.
**Berangan**
Tapi........
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Hensem sang suami cheq lagi. Mizz U!!!!
**realiti**hahak
Anyonyooo...Can Rak Ter Zauj ^,^
Uhuu...kengkawan, tolong doakan keputusan rayuan pertukaran esok berpihak kepada kami ye.
Semoga ada sinar untuk kami bersama sebagai suami isteri dalam erti kata sebenarnya. Ameen.
Tanak ambik tahu, tapi dalam masa yang sama berharap.
Adoi...Peritnya perasaan itu. Huhuk.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan