Assalamualaykum.
Ke kannaaannnn pusinggg!!
Bergerak bertiga-tigaaaa ke kirrri pusingggg!!
Dari kanan cepat jalan!
Krik kanan krik,
krik kannan krik!
Huh, mengimbau saat-sat bergelar leftenan muda Kadet Remaja Sekolah di IPG zaman dolu-dolu. Macam lama sangat kan. Muahaha.
Tyme tu memang meyampah giler bila tibanya hari Selasa sebab ada slot untuk aktiviti kokurikulum ni dalam 2 jam kredit seminggu. Tambah-tambah lak bila kena pakai uniform pegawai yang lengkap. Ye, dengan baju keras bagai, barret, lencana yang pelbagai dan paling penting kasut but!! Bayangkan, kena heret kasut but yang berat giloz tu dari asrama kat tingkat 4, hinggalah ke dataran Al-Farabi.
Tambah-tambah lak bila kena masuk tudung dalam baju. Nampak cam kurang sesuai la bagi kami yang hari biasa pakai tudung bidang 55, 60, tapi bila hari kena pakai uniform lengkap segala aset tarpampang. Cam kureeng sikit la kan. Jenuh mencari inner yang tebal-tebal untuk mengurangkan kemenonjolan aset tersebut. Tapi tyme praktikum, wajib gak pakai uniform bagai, tapi pandai lak pakai tudung kat luar baju, maklumlah, lecturer yang skema bab-bab pemakaian uniform tu tak observe kami! Ngee~~ Tu pengalaman dolu-dolu la.
Tambah-tambah lak bila kena masuk tudung dalam baju. Nampak cam kurang sesuai la bagi kami yang hari biasa pakai tudung bidang 55, 60, tapi bila hari kena pakai uniform lengkap segala aset tarpampang. Cam kureeng sikit la kan. Jenuh mencari inner yang tebal-tebal untuk mengurangkan kemenonjolan aset tersebut. Tapi tyme praktikum, wajib gak pakai uniform bagai, tapi pandai lak pakai tudung kat luar baju, maklumlah, lecturer yang skema bab-bab pemakaian uniform tu tak observe kami! Ngee~~ Tu pengalaman dolu-dolu la.
Ouch..Terbabas cerita sudah.
Sebenarnya, sy bukan nak cerita sal baris kawad pe benda alah tu. Nak gitaw tentang bebudak tahun 6 yang sy ajar tadi. Pasal baris-baris ni la. Bukan baris kawad, tapi baris dalam Quran.
Tahun 6 masih tak tahu baris atas, baris bawah, baris depan, tanwin, syaddah, sukun.
Hoh.. Tu tak masuk lagi tanda-tanda intan, imalah, isymam bagai.
Yang basic pun berterabur.
Minggu lepas sy dah terangkan mengenai 8 beradik asas baris-baris tu. Selaklah celah mana muka surat dalam Quran, gerenti ada 8 beradik ni (fathah, kasrah, dhommah, fathatan, kasratan, dhommatan, sukun, syiddah). Bukan guna kalimah arab pon, guna Bahasa Melayu. Contoh, fathah tu sy sebut baris atas, camtu jugak yang lain-lain. Senang je kan?
Tanya punya tanya, soal dorang sebahagian besar (kumpulan pemulihan yang sepatutnya diajar sepenuhnya oleh guru jQAF) macam blur-blur, tak tahu apa benda walaupun dah diterang berulang kali. Jadi, minggu ni (pagi tadi) sy bagi nota tentang benda tu. Lepas siap tulis nota, dalam 4 kali sy bagi penerangan, guna Bahasa Melayu baku, guna Bahasa Melayu Sarawak. Bila ditanya apa yang tak faham, semua jawab faham. Agak-agak la, 4 kali penerangan kot, takkan tak faham kan? Kering anak tekak menerang.
Lepas bagi latihan, bariskan surah al-Ikhlas je pon, sy suruh beberapa orang murid yang sederhana arasnya untuk buat jawapan kat papan hitam. Sekali, dalam 4 potongan ayat tu, 1 ayat je kot yang gerenti betul semuanya. 3 ayat daripada surah al-Ikhlas tu salah. Soal secara lisan, dan sebagahian besar seperti tak tahu apa-apa langsung, walhal sy baru terangkan benda tu tak sampai 5 minit kot...
Rasa macam...
(*(&*&&%^$%^^!!!!
Tensen kot.
Kering darah kejap rasa.
Menitik gak seposen air mata.
Habis kekdah dah rasa sy try.
Apsal susah sangat bebudak ni nak terima ilmu??
Macam terlalu terhijab nak terima ilmu.
Sedangkan umur baru 12 tahun, dosa pun tak bertimbun sangat lagi.
Hadoi...Pliss kengkawan, tolong bagi idea cenggana nak buat lagi ni.
Rebus buku bagi dorang minum ke?
Sumbat je racun serangga ke klorok??
Tensen T__T
p/s:
Sowi KPM, tak ikut silibus hari ni =(

Tiada ulasan:
Catat Ulasan