Khamis, 18 Julai 2013

'Sucinya Aku Kau Miliki Ketika Di Makkah'

Assalamualaykum.


Terkedu menatap baris-baris ayat daripada Noor Dayana Lokman.
Uhu... Belum habis tersentap dengan berita dari radio tadi.

Ketika pasangan lain gaduh-gaduh manja berebut giliran beraya kat kampung siapa, Dayana diuji dengan dugaan ini. Allah, tabahkan hati Dayana. Orang hanya mampu melihat, tapi yang menanggungnya beliau. Ya, mungkin ada sebabnya Ashraf mengambil keputusan tersebut, tapi..............UHHHFF!!@@$*%&

Dayana, bertabahlah anda. Hanya segugus doa supaya dirimu yang kukenali sekadar di alam maya dapat mencari penyelesaian terbaik. Allah tidak menguji hambaNya kalau tidak mampu menanggungnya. Sabar, tabahkan diri. Bulan Ramadhan, bulan yang barakah. Banyakkan hamparkan cintamu ketika sujud kepadaNya. Hanya Dia yang Maha Mengetahui lagi Maha Memahami.

Nak tempek jugak la puisi Dayana ni.
Speechless, tak tahu nak komen apa.

Tak usah bicara tentang payung emas
kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
kerana 
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana 
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaa
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana 
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah
Kerana satu dunia tahu
Hanya itulah jawapan mudah untuk lepaskan kekhilafan yang disengajakan

::SUMBER : ROTIKAYA::

Layan jugak Ai gegosip ni. Huwaaa...Kurus pose -__-

Nauzubillah, tak nak dugaan sebegini. 

KPM, sy nak tukar!! 
Nak dok dengan suami sy!! *tetiba emo*

P/S:
Erk, puisi ni bukan Dayana yang tulis. Sy baru tahu, harap maklum.
Tapi, memang penulis asal berjaya membuat karya yang betul-betul hidup.
Tahniah sis Ana Hawana, tabik kat anda!
Sy share ye =)





4 ulasan:

  1. Cian kan kat Dayana...harap dia tabah
    Aaa....sy pon nk mintak tukaq gak...tp kna tggu asben posting blk smenanjung dulu...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ninie,
      tu la..semoga dia tabah & kuat!!
      harap2 kita semua buleh pindah..ameen...
      tak smua org mintak pindah pon kalau xde sebab kan =)

      Padam
  2. sour & sweet...bertabahlah jugak utk awak ye sbb berjauhan dgn suami. sy pnh berjauhan n suami jgk tp xlm 2thn jerk...sy tgal bsama ank umr 1thn ms tu...kekuatan mental amatlah ptg & kepercayaan thdap suami kita. kn byk bersabar & doa byk2 spy Allah permudahkn utk bersama dgn suami. tpt isterikn dcc suami. tp asiah alhamdulillah jgk sbb 2mggu skali dpt jpe...kuatkn semangat yea awak...♡

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asiah,
      orait!!noted...thankz nasihat2 berguna =)
      uhu...hanya doa yg jd perisai..
      harap2, tak lama berjauhan..
      dlm setahun 4,5x je balik kampung & dapat jumpa suami, family..
      bestnya kalau harga seketui flght sama dgn harga kete..leh beli, bayar bulan2..hehe
      doakan kami ye asiah!!

      Padam