Jumaat, 5 Julai 2013

Macam Mana La Nak Awet Muda

Assalamualaykum.

Merujuk kepada perkara di atas..hamboi...intro cam buat surat rasmi lak ye? T__T
Ye, tajuk sy pada hari ini adalah macam mana la nk awet muda.

Kekdahnya kengkawan, tanpa menggunakan pelbagai alat kosmetik yang rege riban-riban pun kita buleh awet muda jika kita sentiasa.........

---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
Olololo...Omey ngat iye =)
SENYUM!

Tapi....
Semalam sy dah lupa tatacara untuk senyum. 
Huh...

Semalam ada bengkel e-Pelaporan jQAF di PPD, ingatkan semalam baru nak isi benda alah tu, tapi rupa-rupanya semalam tu dah nak kena hantar. Apsal sy x dapat maklumat pe pun??? Dah la tak dapat maklumat, tak reti pulak nk isi. Mana la tahu, tu kejean jQAF. Dah nama pun jQAF. Sebelum ni takde la pulak inhouse kat semua guru tentang cara nak isi benda alah tu. Jadi, GPI buat keje GPI yang dah sedia melambak tu je la.

Sekali, 
Dah dyorang tunggu posting, keje dyrang tinggal je bersepah suh orang lain setelkan. WTH la sangat kan. Sekali, dalam minggu lepas da la sekor ni (A) yg sering cari pasal dengan sy seperti yang diemosikan dalam beberapa en3 lampau *ayat takleh blah toi*.

Kengkunun nak menolong la kan, tapi!!!!

Di sekolah ni, ada 2 orang GPI, sy dengan Ust X. A mesej Ust X mengarahkan beliau untuk donlod mak nenek tentang ePelaporan itu. Ust X ni orang lama, kurang arif sket bab-bab teknologi bagai ni, jadi dia minta tolong sy donlodkan bagi pihak beliau. So, sy donlod la kan. Bukannya payah ponnn...

Sekali, bila dah donlod tu sampai lagi arahan mesej dari si A ni suruh kami isi benda alah tu. "SURUH ISI" hokey?? Ok, la..kami pun cuba isi. Tapi, bila buka-buka je sy yang tahu sikit-sikit sal komputer ni tercengang bagai, apatah lagi Ust X yang rabun teknologi. Ternganga 10 saat kami berdua tengok Winzip bila dah donlod tu. Sy gitau kat Ust X tu, sy tak reti isi benda tu walaupun winzip ePelaporan tu sy berjaya donlod. Dia kata, dia lagi la tak reti. Sebab sebelum ni segala urusan ePelaporan jQAF ni, memang keje jQAF dan dyorang TAK PERNAH pun tunjuk kat kitorang apa sebenarnya e-Pelaporan itu. So, memang 100% tak melibatkan GPI untuk e-Pelaporan.

Tapi, disebabkan jQAF yang bersisa kat sekolah ni sedang menunggu posting (harap akan datang nanti jQAF lain yang lebih berkualiti) keje-keje dyorang totally dihumban kat kami. Ok, takpe, sebab skop kerja lebih kurang sama walaupun GPI di aliran perdana dan jQAF untuk bebudak pemulihan. Banyak dah keje dyorang yang kami kaver. Pertambahan masa pun, pejam mata je tengok-tengok kena isi benda tu lak. Ok, fine =)

Panjang pulak huraiannya ye?

Berbalik kepada awal-awal tapi, bila Ust X gitaw A tu yang kami memang buta kayu nak isi benda tu, si A ni dengan baik hatinya mesej Ust A,
"Sy tahu memang banyak nak kena isi, kalau sy ada kat sana sy boleh tolong isi. Ni sy ada kat kampung sekarang. Markah exam pun ada kat sana."
**Apa yang korang paham?**

Kami faham, dia ni nak TOLONG isi kerja dia sendiri dan kami akan menghantar maklumat yang diperlukan kepada pihak PPD apabila diminta nanti.

So, Ust X pun meminta sy emelkan markah exam pertengahan tahun tu kat si A ni. Alasan Ust X,
"Itu kerja dia (A), dia lagi arif dari kita. Nanti awak emelkan markah kat A. Alang-alang dia dah tawarkan diri, bagi je dia buat. Kerja kita pun tak habis-habis. Lagipun kita tak pandai nak buat, nanti tak siap" *Sudah ditranselate dalam BM yang difahami =P

Walaupun line terkemut-kemut, setelah mencuba 2 hari markah yang sy dah scan tu sy emelkan kepada A. Seminggu kendian baru dia emelkan balik e-Pelaporan yang dah siap diisi dengan siap ada footnote lagi
"salam, maaf lambat. sy tak ajar pendidikan islam. khatam quran sy hanya ajar tahun 2. jadi sy tak isi la sebab sy tak tahu. bukan sy yang ajar."

Hurm.. OK.

Tapi sy reply jugak footnote dia tu, sebelum sy buka e-Pelaporan yang kononnya semua sudah siap tu. Semua FONT BESAR..ngeh2

Lepas tu dia rply balik.









5 ulasan:

  1. Apa kata kita doakan dia tak lulus SPP... boleh?
    Geram pulak rasa!

    BalasPadam
  2. petua awet muda yang paling murah :)
    gigih baca hingga ke noktah terakhir.... itu lah dugaan kerja dgn gomen... kita yg di bawah ni jadi mangsa... turut aje perintah selagi mampu....
    mana2 pun ada orang macam tu... sabar byk2... senyum la selalu macam baby atas tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup..hehe....
      gigih membacanya kan? =P
      tq kak..sabar...sabar..sabar...semoga yg akan datang nanti lebih baik..huhu

      Padam
  3. Wah..banyak usaha menulis entry ni..

    Mmg faham situasi ni.. Mng cukup ramai yg peel macam ni. Ikutkan tensen dan geram mmg takjadi, apapa pun kena sabar banyak ye..insha Allah akan dpt balasan baik nanti

    BalasPadam