Assalamualaykum.
Hai..Hai..Hai..
Kembali kita bersiaran.
Bajet hot lettew.
Susulan daripada potpetpotpet kat SINI, ni Mak Temah nak menyambung yang last lak.
Dari sisi seorang ibu.
Nape rasa cam poyooo jerk? -__-
(3) Saya seorang ibu
Walaupun sy belum menyandang jawatan sebagai seorang ibu selepas diberi peluang oleh Allah menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri, namun naluri keibuan sy terusik juga melihatkan betapa lembiknya si ibu Nor Zatusy Hazwa setelah melihat anaknya sudah kebiru-biruan dan tidak bernafas.
![]() |
| Incik Gugel |
Ok la..
Cuba bayangkan,seorang ibu menanggung pelbagai keperitan semasa mengandung 9 bulan, check up sebagai rutin bulanan, check HB, check kandungan gula, check heartbeat baby, check itu, check ini lepas tu pulak tiba saat melahirkan. Kalau normal betapa sengsaranya nak tunggu bukaan cm sekian-sekian, kena check berkali-kali dan ada berdasarkan pembacaan sy, ada yang nak terbuka 1cm mengambil masa 1-2 jam. Nak sampai 10cm berapa jam si ibu menahan kesakitan?
Kalau czer pulak, baby kuar ikut tingkap bak kata sesetangah ibu, betapa peritnya si ibu perlu berpantang itu ini, berjalan seperti penguin, terkemut-kemut, menghadapi pelbagai komplikasi lain sekiranya ada penyakit seperti kencing manis etc. Memang masa bersalin tak rasa apa-apa tapi bila selepas bersalin apa yang si ibu kena tanggung? Kawan seIPG yang baru menimang cahaya mata sulung ada bercerita, (beliau menghadapi komplikasi disebabkan kencing manis) selepas bersalin mengikut tingkap tu, dia tak dapat bangun 2 hari. Kalau bangun muntah, kalau muntah, bangun. Ehh?? Baby pun tak sempat nak jenguk, tak sempat nak cium baby sendiri disebabkan keadaan kesihatan selepas operate tidak mengizinkan.
Tegarkah seseorang ibu setelah mengalami pelbagai kesulitan demi melahirkan seorang ummat Muhammad dituduh mengakibatkan kematian anaknya sendiri? Lepas tu mak datuk menteri yang mekap tebal tu siap nak mendakwa si ibu ni ke muka pengadilan. Pesalah boleh disabitkan denda sebanyak RM20000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali. Waddehelll????
Kalaulah si ibu Nor Zatusy Hazwa ni sengaja-sengaja dia je tinggalkan anak dalam kereta logik la weh mak datuk menteri woii...
Kot-kot la akak Zatusy ni sengaja la kan, macam
"Eh, aku takde kerja la hari ni. Cam boring la pulak tak buat pepe. So, aku nak try kurung Nawal dalam kete tengah panas la, tengok budak tu jadi pe. Agak-agak bertukar jadik power rangers ke aku kuarkan balik dak Nawal ni. Tak pon jadi cheesekut yang glemer sekarang ni ke aku kuarkan semula Nawal"
Kalau la memang terdetik kat hempedu limpa kak Zatusy ni cenggitu I is orang 1st kot serang beliau dengan meriam buluh. Tapi, memang tak siuman sangat la kalau kak Zatusy buat cenggitu kan? So, takleh nak pikir ke mak datuk menteri kening pantis oi? Takkan la sengaja dan cuai sangat kak Zatusy nak tinggalkan anak dia dalam kereta sorang diri. Gelandangan (teringat satu slot yang hampeh kat Nona 3,4 minggu yang lepas) yang papa kedana, fakir miskin tu pun reti sayang anak, takkan la cikgu yang komited cam akak Zatusy ni tak reti. Ada ngerti ngak mak datuk menteri?
Kawan ni tengah sedih dan beribu penyesalan bermain di benak beliau, buleh pulak kuarkan akta itu akta ini, siap nak denda lagi. Kalau denda, adik Nawal leh hidup balik? Buleh mak datuk menteri nak hukum. Hukum la para penzina yang betul-betul terbukti berzina, yang mencampakkan hasil benih zinaan di merata tempat. Sampai kena hurung semut, kena gonggong dek anjing, mayat hancur lebur. Yang camtu dendanya 20,30sen je, penjara 3,4 jam je. Yang betul-betul tak sengaja ni dendanya mak datuk menteri oi....
Paper online BH hari ini melaporkan bahawa Pn. Nor Zatusy Hazwa belum bersedia memberi kenyataan. SINI. So mak datuk menteri?
Ok la.. Ok la..
Kot-kot releven jugak apa yang mak datuk menteri cakapkan.
Try la katakan mak datuk menteri mengalami situasi ini. *tapi sy tak rasa mak datuk menteri masih mempunyai anak kecil!!* Diri masih dihantui dengan 1001 penyesalan, sebak bertimpa anak kesayangan meninggalkan mak datuk menteri disebabkan ketidaksengajaan mak datuk menteri membunuh anak sendiri, disebabkan terburu-buru mengghadiri sidang dewan di Parlimen, tup tup ada la seorang laksamana menghukum mak datuk menteri dengan hukuman RM20000 & 10 tahun penjara. Apa yang mak datuk menteri rasa? Masih boleh memantis kening atau menempek mekap?
Orang yang belum dikurniakan anak, saban hari berdoa semoga dikurniakan zuriat penyeri hidup takkan la yang dah ada anak sanggup MEMBUNUH anak dia sendiri melainkan kes-kes yang jahiliah je yang sanggup campak zuriatnya merata. Susah tahu nak buat anak ni. Kalau Allah tak katakan kun fayakun, tak akan jadi. Ke mak datuk menteri senang? Tengok-tengok, eh...dah mengandung, sok pulak beranak. -__-
Banyak lagi yang nak tulis ni, tapi padanlah kot.
Semoga adik Nawal Iris berbahagia di alam sana menemui pencipta yang Maha Kekal Abadi.
Semuanya sudah ditetapkan oleh Allah. Sampai ajal adik Nawal dengan cara macam tu. Itu semua penyebab, wasilah menemui Pencipta. Qada' dan Qadar Allah, siapa kita nak mempertikai. Mungkin perkataan 'kalau begitu', 'kalau begini' akan timbul, tapi dah Allah kata camtu, camtu la. Firaun pon takleh lawan kuasa Allah, apatah lagi PM, kerani, penjawat awam, menteri bagai kan?
Buat family Pn. Nor Zarusy Hazwa seorang guru dan ibu kepada allahyarhamah Nawal Iris, bersabarlah kalian di atas dugaan Allah buat anda. Allah tahu perancangan yang terbaik untuk hambaNya. Semoga adik Nawal menjadi pemudahcara untuk mak ayahnya memasuki pintu syurga kelak. Undang-undang dunia hanya manusia yang reka cipta, undang-undang Allah itu yang pasti termaktub dalam KalamNya.


Al-Fatihah buat arwah anak beliau.
BalasPadamMoga cikgu Zatusy kuat dalam mengharungi ujian dariNYA.