HAPPY BORNDAY TO ME!!
(09101987 - 09102012 = 25 TAHUN)
Muahaa...tak tahan sungguh, wish kat diri sendiri..Haha..Ada aku kesah? =p
Genap 25 tahun hidup di muka bumi Allah ini. Ye, semakin bertambah umur, semakin bertambah pahala & dosa yang ada. Semakin juga mendekatkan diri kepada Sang Pencipta. 'Ala kulli hal, sy bersyukur masih dapat menikmati saat-saat umur sweet25. Erk..ada ke? Hehe
Terima kasih di atas segala ucapan ibu bapa, adik-adik, yang tersayang, teman-teman semua. Huhu..Masih ada yang mengingati tarikh lahir sy. Syahdu, syahdu. (Padahal ada jek reminder birthday kat FB. Lempang kang..Huk3)
Pertama dan selamanya, jutaan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi, kerana antara berjuta sperma, sy yang telah terpilih untuk menempel di rahim ummi seterusnya membuatkan sy lahir ke dunia fana ini. Terima kasih yang tidak berbelah bagi buat ummi yang telah menyabung nyawa melahirkan sy walaupun tanpa kelengkapan yang cukup serta abah tiada di sisi kerana masih berada di Bumi Kenyalang. Tanpa sokongan suami pun, ummi masih gigih melahirkan sy secara normal. Terima kasih ummi. Ye, sy dah tiada kesempatan untuk ungkapkan kata-kata keramat terima kasih buat ummi kerana beliau telah meninggalkan kami sekeluarga selamanya, namun pengorbanan beliau akan sy kenang selagi hayat dikandung badan. Terima kasih ummi.
Terima kasih juga buat abah, kerana tanpa 'kerjasama' beliau sy pun x akan ada kat dunia ni jugak kan?Hehe.. Terima kasih atas segala kasih sayang, pengorbanan yang dicurahkan. Memang tak terdaya, tak termampu langsung membalasnya. Terima kasih sangat-sangat.
Ma, terima kasih wish tru calling-calling. Walaupun bukan dirinya melahirkan sy dan adik-adik, kasih sayang beliau juga tidak berbelah bahagi. Terima kasih ma.
Yang tersayang, first tyme wish on the tyme. First tyme gak wish live kot (Tu nak kena catat tu).Haa...ayat macam bahasa purba dah. Sebelum-sebelum ni memang makan hati la pasal wish-wish birthday ni. Kalau x ingatkan memang x wish langsung la T__T. Ni pun rasanya, kalau x gaduh memang x merasa la kot diwish..Haha..Hurm, moga lepas sah miliknya ingat sokmo la. Itu lagi manis rasanya kan dari tiada hubungan yang halal. Semoga Allah panjangkan jodoh pertemuan kami, bukan hanya di dunia, tapi di sana juga. Ameen.
Teman-teman, terima kasih. Ye, sy dah tua setahun dr tahun lepas. Semoga apa yang diimpikan akan tertunai, segala doa-doa kalian dimakbulkan Allah. Ameen ya Rabb.
Semoga Allah limpahkan keberkatan untuk umur yang berbaki lagi sebelum Dy menjemput sy. Harapnya, 25tahun yang telah dilalui ini lebih berfaedah dan banyak manfaat berbanding perkara yang sia-sia (muhasabah diri-sy banyak buat benda pelik-pelik kot).
Selamat hari lahir buat diriku sendiri. Hehe. Moga anda bertambah matang yep FAI!! ^_^

hepi besday
BalasPadam