Ahad, 16 Jun 2013

Adakah....

Assalamualaykum.

Kepala memusing,
badan lemah gemalai
tekak meloya
pandangan berbalam-balam
jalan terhuyung hayang
orang lain wangi dengan perfume, sy wangi dengan minyak angin
kepala melentok elok kat meja guru pagi-pagi hari

Ha...simptom2 apa tu tuan puan?


Hamil? Mengandung? Pregnant?

Hurm... Belum lagi. 
Belum rezeki anak buat kami berdua. Huhu...Sedey.... (Doakan kami)
Atas tu tadi simptom-simptom rindu kat suami + demam + selsema + period + xda mood hari Isnin.
Adoi...Tu yang lembik biol semacam jek.
Jenuh la nak menepis dengan usikan cikgu-cikgu kat sekolah ni haa....
Tau la baru balik cuti pon, ingat takde benda lain ke nak buat? Tensen mak noksss....Hadoi...

Sebelum kawin, tanya bila nak kawin.
Lepas kawin, tanya bila nak beranak.
Lepas beranak sorang, tanya bila nak beranak lagi sorang.
Lepas beranak dua orang, tanya lagi bila nak beranak bagi cukup team bola sepak.
Bila dah anak ramai, tanya pulak nape tak buat perancangan keluarga.

Kisah manusia ni memang tak akan pernah habis gamaknya kan.
Sentiasa ada sisi yang menyebabkan seseorang manusia tu mencari peluang untuk menambahkan dosa yang sedia ada bertambun. Hoho.. Sedikit emosi di situ =p

Bukan kami tak usaha, usaha kot..
Tapi belum lagi rezeki, cenggana kan? Semuanya kurniaan Allah. 
Maybe faktor jarak juga menyebabkan susah untuk lekat. Muahaa..
Tyme balik cuti sekolah sekali sekala kengkadang Miss P datang berziarah, kan dah melepas kat situ ^__^
Hurm...Tapi kami tidak akan putus asa berusaha & berdoa semoga dikurniakan zuriat yang soleh solehah. 
Sekali keluar kembar 4, haa...kang meletops tu =P

Mungkin Allah memberi kami ruang & peluang untuk mempersiapkan diri sebagai ibu bapa yang terbaik untuk mendidik dan membesarkan anak-anak pada zaman yang mencabar sekarang ini sebelum Dia mengurniakan anugerah zuriat kepada kami. 

 

Kepada kenalan-kenalan yang sedang pregnent, tahniah diucapkan setulus hati. Semoga kehidupan kalian lebih berseri dengan kehadiran permata hati. Didik dan bimbinglah amanah tersebut sebaik mungkin.
-Agak jeles jugak hokey ='( -

Kepada sahabat yang belum dikurniakan rezeki itu, bersabarlah, berdoa, berdoa dan terus berdoa di samping usaha yang berterusan. Semoga kita juga berpeluang merasai nikmat itu. 
-Cepat la cuti, nak balik usaha ni =)




2 ulasan:

  1. Nina hari ni sedih sgt. Bukan sedih sb apa . Mungkin jeles sb kawsn satu sekolah dah pregnant. Dia kawin 2minggu lewat dr nina. Memng terasa. Tp gembira jugak utk dia. Pernh kawan lain ckp. Nanti kita tgk sape y pregnant dulu. Nina ke dia. Hurn. Rezeki nina xd lagi. Skg ni pun berharap sb baru jumpa suami cuti sekolah ritu. Tp mcm xd harapan sb jerawat tanda peod dah byk gila nih. Hurmm. Semoga kita dimurahkan rezeki.

    BalasPadam
    Balasan
    1. #NinaAz
      Hurm...taw xpe...sangat sedih & jeles hokey tengok kengkawan yg kwin lewat pon dh pegnen..Tp, xpe la..belum rezeki kita kot..harap2 kita pun berpeluang merasai detik2 itu..Sabar, usaha & teruskan berdoa =)

      Padam