Isnin, 16 Julai 2012

Mengharap ehsan...

Assalamualaykum.

Semalam disebabkan sy hanya mengajar 2 waktu sahaja (uyerp, 2 waktu je untuk hari Isnin. Sila jeles dengan sy..ekekeke), tiba-tiba perasaan homesick membuak-buak. Lantas, fon diambil & num ma didail... Walaupun ma bukan ibu kandung, tp perasaan sayang sy terhadap ma sama sahaja dengan ummi kalau beliau masih ada. (sedih T_T). Sebabnya, kalau sy telefon abah mengadu homesick, kompem2 kena fire jek nanti..Baik x payah..hehe

Tanya khabar seposen dua posen, terus sy streeeeeet tu da point. Hehe... Mengadu rindu kt umah, rindu kat kampung, dah sebulan lebih dah kot kat SARAWAK ni, giler x rindu-rinduan?! Kalau masa zaman-zaman muda study kat KDRI, Kuale Ganung dulu 2 minggu sekali soheh-soheh balik bersama pakwe BGA961. Kalau rasa serabut dengan kuliah, tensen dengan gelagat kengkawan seminggu sekali pun Ai balik. Ni lepas bekerjaan ni sebulan sekali pun sakit.. Setahun 4 kali je kot mampu balik. tu pun kena sediakan RM4k kot setahun. Pity me =(

Mengadu macam-macam kat ma... Tapi point utama calling-calling adalah untuk ma poskan budu. BUDU?? Iyerp dong, budu..hehe... Feberet kot. Stok yang berbotol-botol tu dah kontang, jadi untuk menambahkan selera makan bulan pose nanti ni, budu la penambah perisa terbaik. Sebab tu mengharap ehsan ma untuk poskan budu untuk anak dara cun dia ni..Hehe. X perlu serbuk Knor Pasti Sedap, ada budu pasti memikat la.

Budu, kalau ditabur dengan hirisan bawang merah menawan pandangan, diperah limau nipis masam-masam, diletak potongan cili merah nipis-nipis, makan dengan ikan bakar & ikan singgang ditambah nasi panas-panas di tengah sawah padi dengan bayu angin lembut membelai pipi.....pergh!! Bakal mertua lalu pun buat derk jek..haha. Ampun mak.. =p

So, buat sape-sape yang ada cita-cita nak jadi ore kelate, praktis-praktis hirup budu dalam menu anda!! Baru lidah dapat lancar je kecek kelate. *ok, tipu je*. Wah-wah, baeeeeeeek punya promote budu kan? Bukan auta tau, tapi fakta banyaknya kelebihan makan budu ni.

Cekidaut bebeh!!

Slurp!!Menitik liur beb.. (Gambar ihsan Mat Gebu)

Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Pantai Timur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Trganu dan Klate ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat dari Jepun, Amerika , Australia , New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makanan “kuno”. Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat anti bakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaat kan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh. Ia juga mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu yang singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak- kanak dan orang dewasa.

Dua kelompok vitamin yang terdapat pada budu ialah vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A,D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin) .

Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria Klebsiella Pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan- ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk embentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitamin ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikro gram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup.

Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat jika dibandingkan dengan isoflavon dalam ikan-ikan lain. Penelitian yang dilakukan di University North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara .

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala factor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik.

Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan.

Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan. 

Jadi, selamat makan budu semua!!

2 ulasan: