Assalamualaykum.
Di sini sy ingin mengumumkan ini adalah en3 terakhir sy pada tahun ni. (erk, ada aku kesah?). Hua3..2012 akan melabuhkan tirainya beberapa jam je lagi. Hurm...sana sini sibuk sal sambutan tahun baru, sy pn sama la walaupun sambutan tahun baru kita adalah tahun Hijri.. Huhu, dh terbiasa & membiasakan diri dengan tahun Masihi ni kan.
Apa pun, tak kisah la. Yang pasti beberapa peristiwa penting talah beraku dalam 'penghidupan' sy sepanjang tahun 2012 ni.
1. Selamat memostingkan diri sebagai salah seorang penjawat awam dengan title 'cekgu' ~
walaupun tercampak ke benua SARAWAK T__T. Alhamdulillah, gaji cekgu ni cukup-cukup la buat menampung hidup. Bukan besau mana pun gaji cekgu ni sebenarnya. Letih lebih. Tapi demi anak bangsa ku perkasakan diri. Poyo~~
walaupun tercampak ke benua SARAWAK T__T. Alhamdulillah, gaji cekgu ni cukup-cukup la buat menampung hidup. Bukan besau mana pun gaji cekgu ni sebenarnya. Letih lebih. Tapi demi anak bangsa ku perkasakan diri. Poyo~~
2. Bergaji! ~
Ye la ken..bila dah keje mesti la merasa bergaji tetap walaupun sebahagian besar gaji disedekahkan kat AIRASIA 4X setahun..huhu
3. Mampu menghulurkan sedikit sebanyak buat family ~
Alhamdulillah, rezeki sedikit kita kongsi cara sedikit kan? =)
4. Bertukar title ~
Yep, i'm totally PUAN AIMAN..Hehe, alhamdulillah, bersaksikan wali, 2 orang saksi & saudara mara sy bersama sang suami selamat diijabkabulkan dalam 1 suasana majlis yg ringkas tapi meriah & tak memerlukan kami suami isteri membuat pinjaman peribadi semata-mata untuk kahwin. Alhamdulillah, dengan restu kedua belah family kami akhirnya disatukan setelah pelbagai dugaan terpaksa ditempuh. Fuh...lap-lap-peluh~~
5. Lebih berdikari ~
Hidup di perantauan membuatkan sy lebih berdikari, lebih berjaya membuat keputusan sendiri, lebih gila-gila. Huhu...hikmah sy tercampak kat SARAWAK ni kot ~
6. 1001 momen lagi yg x tertaip di belog berhabuk ni. Hehe..
Harap-harapnya lembaran baru 2013 memberikan 1 suasana & pengalaman baru buat sy. Hurm.... dengan 23 masa mengajar, kelas tanpa rehat hari Rabu-wordless-wednesday-nampaknya, bebanan tugas yang menimbun, berjauhan dari suami (rindu-rindu-rindu-rindu), harap-harapnya sy lebih perkasa la. Semangat Puteri Saadong & Cik Siti Wan Kembang dibawa ke negeri Puteri Santubong, Puteri Sejinjang. Hua3 ~ konon~
HOyeeeeeeeeeeeah!! Selamat datang tahun depan (4 jam dari sekarang)! Peace yoo... ^_^
Puan Aiman............. =)
BalasPadamiye puan ummi miss sunshine..hua2
Padam