Ahad, 20 Januari 2013

Senyum, x perlu kata apa-apa ..

Assalamualaykum.

Hoyya..hoyya hoi...

En3 pertama kot tahun 2013 ni. Maklumlah..setelah bertukar status terlalu banyak tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Cewaaah.

Hurm, minggu last tahun 2013 baru dapat menulis. Bizi sangat ke der? Hak2. Memang tahun ini agak membizikan sy. Di sekolah, sy 'dianugerahkan' sebanyak 23 waktu. Pertambahan 3 waktu berbanding tahun lepas yang hanya sebanyak 20 waktu je. Selain tugas hakiki sebagai guru Pendidikan Islam bagi semua tahap 2, sy juga perlu mengajar subjek Kajian Tempatan untuk tahun 4, subjek Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan tahun 5 dan subjek Pendidikan Kesihatan tahun 2. Kadang-kadang murid keliru nak panggil pe, sekali ustazah, sekali cekgu. Tapi sy tetap bahasakan diri ustazah walaupun agak berat gelaran itu. Dah terbiasa. Ala-ala ustazah pilihan gitu. (^__^)

Selain tugas hakiki yang tu, sy juga diberi baaaaaaaaaaaaaaaaaaanyaaaaaaaaaaak tugas lain..Huhu T__T
Sy la guru kelas tahun 4, guru RMT, guru pengawas, guru aset harta alih kerajaan, guru itu, guru ini..Oh ya, sy juga adalah ketua panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan. Mungkin sy lebih 'bersivik' kot lepas ni. 

1 lagi yg paaaaaaaaaaaaaaaaling besh, sy jugak jadi Guru Pembimbing praktikum LPBS jQAF Bahasa Arab. Muakaka...lumayan bukan? Keje baru setahun jagung, da hati nak bimbing orang kan? *monolog dalaman

Dan, berita baiknye jugek, 'si dia' yang 'istimewa' yang akan sy bimbing. So, buleh x bayangkan macam mana keadaan sy?  Masuk kelas lewat 5-10 minit adalah perkara biasa & masuk kelas lewat 15 minit adalah benda normal bagi 'dia'. Macam mana sy nak nilai nanti? Hurm, mungkin masa 'si dia' buat perangai masih belum dalam tempoh praktikum lagi, tapi agak-agak la. Sedar la diri tu sebagai PELATIH kan? Sy profesional, sy akan bagi markah profesional tanpa melibatkan emosi, tapi harapnya 'si dia' pun profesional jugak. Bimbang gak kalo berterusan masuk kelas macam mak bapak anda yang punya, markah yg akan dibagi pun ikut suka mak bapak mertua sy gak nanti. Harapnya, sy diberi inayahNya untuk memberi markah x berdasarkan gangguan emosi. (banyak kisah-kisah yg x diingini bersama si dia ni last year T___________________T)

Sekarang ni, dengan 1001 tugasan yang diluar jangkaan, dah xda masa untuk bereksperimen & berhoneymoon macam tahun kegemilangan tahun lepas. Adoyai... Ni rasa nak cepat-cepat pindah. So, senyum...x-perlu-kata-apa-apa- =)

Doakan sy semoga sy terus tabah & mampu memikul tanggungjawab baru dengan status yang baru. Semoga Allah memberikan sy ketenangan dalam menempuh harui-hari mendatang. Dan semoga sy dipermudahkan urusan pindah untuk bersama sang suami di bumi JB sana. Huhu..

## Semakin hari semakin merindu ##


1 ulasan: