Selasa, 1 Oktober 2013

Menyampah

Assalamualaykum.

Uh...sangat tertekan dengan bebanan kerja!!
Siapa kata dok kat tempat jin bertendang ni tak tensen ha????
Very da chissssssscake betul la.

First tentang Majlis Khatam al-Quran peringkat sekolah.
Ok, tahu..tu program keagamaan dan memang biasaaaaaa la kalau program agama-agama ni takde makhluk lain la yang akan terjelir terkejar-kejar buat itu ini. Kompem kalau tak ustaz, ustazah, kalau tak ustazah, ustaz. Dah depa-depa je kot beragama barangkali. Hoh.

Ok, fine, tak kisah. 
Dah memang kat mana-mana pun rasanya camtu jugak kot.
Program lain, kem motivasi la, kem kecemerlangan la, kem sukan la, kem olahraga la, takde pulak tibul isu ustaz, ustazah. Retiii pulak libatkan semua guru. Ada orang-orang bertitle ustaz ustazah komplen kalau kena turun padang? Ada yang bising kena stay kat sekolah teman budak. Mungkin la ada kot, dah lumrah menusia kan, tapi seyes sy tak pernah komplen apa-apa aktiviti sekolah. Follow da flow je. Memang takde nak menongkah arus bagai. Menjulang prinsip, sy yang menurut perintah.

Tapi.................................................................

Memang kecewa+terkilan+kecik hati gila babun punya la bila program yang dianjurkan tak dapat kerjasama sepenuhnya dari guru-guru lain. Uhhhhhhhhhh...

Senarai jawatankuasa kerja dah disediakan oleh ketua panitia merangkap penyelaras majlis khatam, U.N. Sy cuma print je. Sy memang tak tengok langsung pun sebelum tu, sy cuma tengok masa nak print je. Memang la agak terkejut sikit bila tengok hampir kebanyakan tugas mesti terselit nama sy. Macam gila kuasa sangat gamaknya kan. Tapi takde la nak mengomen bagai.  Macam biasa la, 'saya yang menurut perintah'.

Sy pun print je la. Lepas tu tampal kat papan kenyataan dalam bilik guru.
Tak sampai 5 saat tampal, ada la cikgu yang tengok. Tetiba,

"Aiman, kenak nama kamek kat ajk nun"
Sy: Sy tak tahu. Ustazah yang letak, sy cuma print. (senyum 100%)

"Aiman, kamek sikda kamera ya, kenak kamek bahagian towk?"
Sy: Entah, ustazah yang letak, sy cuma print je. (senyum 85%)

"Aiman, kenak Cg M jadi MC. Kamek rasa nya sik sesuai jadi MC"
Sy: Sy cuma print, bukan sy yang tetapkan semua. U.N yang letak. (masih senyum 65%)

"Aiman, kamek sik apat hadir. Kamek ada program nun-nun-nun"
Sy: OK. (senyum cam siput sedut dah)

"Aiman, kenak camya-camya-camya."
"Aiman, kenak bla.bla.bla.bla"
Aiman, polah surat towk-towk-towk"

Sy: (mula bengang) Maaf ye. Sy tak tahu, sy cuma ditugaskan untuk print je. Semuanya ini bukan sy yang buat. U.N yang buat. Sy cuma print. Nama sy ada dekat sebahagian besar jawatankuasa. Banyak lagi kerja lain yang sy nak kena buat. Apa-apa hal, tanya U.N terus ye. (aambik buku terus blah ke kelas)

Uhhhhftt.
Kurang ajar sangat ke?
Memang dah bengang kot.
Sepatutnya sy banyak masa free semalam. hanya ada 4 masa je.
Tapi sibuknya ya Rabbi, macam tak cukup masa.
Ke pejabat, tengok budak latihan khatam, larang murid bising dalam kelas yang cikgu tak masuk, print kad jemputan, sempurnakan kertas kerja, stapler kertas ujian PKSR,.

Sekali, bila print banyak pulak suara sumbang mambang komplen itu-ini.
Memang jenis yang panas baran dah.
Memang cari nahas la.
Sebelum ni walaupun kena buli macam-macam (biasala cekgu baru, graduate pulak), sy senyum je. Paling kurang buat tak layan.
Ni memang tak dapat nak tahan dah.
Hampir separuh meletup.

Tambah pulak tengah panas-panas, ada yang baik hati tegur,
"Aiman, kenak kitak muka masam jak lepas balik Johor ya? Rileks-rileks jak"
(sy balik ke Johor minggu lepas)

Jawapan sy:
Camne sy nak rileks-rileks, kerja banyak kot. Bukan kerja sy pun sy yang kena buat. Sy pun tak larat jugak, semua benda sy sorang yang kena buat. Macam dah takde orang lain kat sekolah ni. Dengan kelas banyak lagi. Yang free terus free, yang banyak kerja terus bertambun kerjanya.

Hoh, puas hati.

Agak konghajo gak la. Tapi, ada aku kesah??
Dah penat kot melayan kerenah orang.
Jaga tutur kata, perbuatan sebabnya kita merantau ke negeri orang.
Negeri yang agak asing, berbeza adat budaya.
Silap cakap, silap buat kang jadi benda lain pulak.
Sy cuba bawak diri sebaiknya, tapi lama kelamaan, bertukar hijau gak la.
Langsung jadi PAS!!
Eh, silap, HULK!!!

Geram.
Ustazah pon manusia biasa kan?
Ada hati perasaan.
Ouch, awal-awal memang la korang nampak cam sy naif, nerd giler.
Tapi, semua itu poyooooooooooooooooooo!
Ustazah lain boleh kot, tapi bukan ustazah Aiman.
Sy berani sebab sy di pihak yang benar.
Berani kerana benar, takut kerana salah.

Silap orang la beb.
Ustazah ni bukan sebarang ustazah.
Boleh bertukar jadi cekgu PJ, boleh jugak transfer jadi peninju negara.
Boleh jugak transform jadi ratu negara. Boleh jugak jadi tok mudim.
Hoh, macam-macam boleh.

Cuba la fahami tugas masing-masing.
Orang tak komplen tugasan yang kita berikan, kita pulak jangan la komplen tugasan yang diberi.
Buat kerja masing-masing.
Saling kerjasama.
Patut la payah nak maju, bawak sikap engkau-engkau, aku-engkau.
Cesssss!!

Sama-sama pakat tolong la.
Lagipon orang kampung korang jugak kan?
Nasib baik je haku tak ponteng lapor diri ritu bila tahu dapat sini.
Sanggup tinggal family, harta juta-juta-juta kat sana, demi nak memanjukan anak watan sini.
Pelisssssssss la.
Kalau tanak hargai pon, bagi kerjasama. Bagi sokongan.
Bukannya hentam lagi.

Yang cikgu UPSR, mentang-mentang dah habis exam, langsung goyang kaki.
Kalau dah tanak merangka program untuk diorang, tolong kami latih budak.
Dah cikgu UPSR hampir semuanya Islam.
Non-Muslim tu lantak la, takde kaitan dengan baca al-Quran semua.
Diorang boleh buat program lain pun.

Yang cekgu UPSR Islam, tolong la. Tak reti nak ajar, tengok-tengok bacaan budak.
Jangan nak kata cekgu pun belum habis muqaddam kot.
Bacaan untuk khatam bermula dari surah ad-Dhuha, bukannya al-Baqarah yang panjang tu.
Takkan cekgu pun tak reti kot.
Tolong la tengok-tengok sama.
Nak tegur, dah tua bangka.
Kang jadi benda lain kita yang muda ni tegur, arah, nasihat suh tengokkan bacaan budak.
Sendiri mau ingat la patutnya.
Ni sanggup duduk atas kerusi, goyang kaki.
Dah la sit in, relief tak masuk.
Kelas UPSR hanya ajar kelas UPSR.
Habis UPSR diorang pun habis tugas.
Ceh,
gaji tiap-tiap bulan dok tunggu tangga.

BENCI!!!!!!!!!!!!!
MENYAMPAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Stress betol.

2 ulasan:

  1. Akak faham ni... selalu dapat komplen macam macam sebab jadi cikgu buat relief dan s/u pbs... pekak kan je telinga ... tapi bila geram sangat..adalah yg kena marah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guru relief lagi la kak....memang jadi bahan untuk 'dibahan' la..huhu...kan??benci betul la kalu da komen itu-ini, tapi keje dyrg x wat pon...hilang sabar memang meletup aaa..kekekeke

      Padam