Assalamualaykum.
Hayya...bila la mau habis ini celita? Tensen tol haku. Hadoi.....
Sy dilantik menjadi penyelaras sambutan hari guru peringkat sekolah tahun ni. Ketika mendapat amanah tersebut, di sisi kiri sy membisikkan orang-orang sini sengaja menguji kemampuan sy untuk handle satu perayaan/sambutan yang agak penting & bermakna bagi seseorang individu yang bergelar guru. Yela, sengaja menguji kemampuan (atau sebenarnya kemampusan) sy untuk kepalai benda ni sedangkan sy guru baru yang tak ada pengalaman. Kalau ada masalah atau ada pihak-pihak yang sengaja mereka masalah, sy yang akan kena. Am I right??
Di sebelah sisi lain, sisi kanan, sisi yang malaikat punya..haha...sy anggap ini sebagai cabaran & pengalaman untuk membuktikan serta merecall balik pengalaman-pengalaman semasa menuntut di IPG zaman purbakala nun. Guru baru juga boleh menonjolkan kualiti diri sekiranya diberi ruang dan peluang.
Dengan gigihnya sy membuat kertas kerja. Ye, betul, diulangi, sy yang pemalas giler ni buat kertas kerja.. Muahaa...Kenapa? Tak percaya ka???
Recall balik zaman-zaman IPG...
Zaman gaduh-gaduh manja dengan partner masa nak buat kertas kerja untuk sesebuah program....
Zaman gaduh-gaduh gedik dengan pensyarah/tutor untuk luluskan program ke Pulau Redang, Tasik Kenyir...
Zaman gaduh-gaduh garang dengan pengarah untuk luluskan peruntukan kewangan....
Huahuahua...Semuanya memori untuk dikenang & sy jadikan panduan untuk buat kertas kerja sambutan hari guru ni yang mana sy dilantik sebagai penyelaras, tak kira la sama ada orang-orang Sarawak sengaja nak membuli ke, atau orang-orang Sarawak sengaja nak memberi sy peluang untuk berusaha ke....
Aktiviti yang sy buat, biasa-biasa sahaja, nyanyian lagu Guru Malaysia, lagu tema, pertukaran hadiah, perutusan KPM, JPN, pertukaran hadiah antara guru-guru, cuma kelainannya sedikit sy tambah aktiviti sukaneka. Alasan sy, sukaneka tu sy selitkan sekali dalam sambutan hari guru sebabnya sekolah ni belum pernah mengadakan aktiviti sebegitu. Ye, belum pernah. Sy tak tipu. Kalau sekolah lain, biasa buat bukan sukaneka tu, tapi sekolah ni belum pernah. Kesian? Tu la hakikatnya. Tambahan pula, objektif utama untuk meraikan cikgu-cikgu, nak cikgu riang gumbira, bebas dari tekanan kerja buat sehari. Merapatkan jurang antara guru-guru, merapatkan hubungan dengan murid-murid.
Tapi!!!!
Cadangan sy tu ditapis berkali-kali oleh cikgu M dengan cikgu R. Berkali-kali semasa sy bentangkan kertas kerja secara tidak langsung dalam bilik guru. Tapi, kebanyakan cikgu yang lantang bersuara bersetuju dengan cadangan sukaneka sy tu. So, kira on je la. Tapi, bila masuk bab cadangan hadiah untuk sukaneka, 2 orang guru yang mula-mula bangkang tadi pun cepat-cepat cakap,
"Kalau kita BATALKAN sukaneka tu, tak ada la kena sediakan bajet, tak ada la susah-susah nk cari hadiah, tak ada la itu...tak ada la ini."
So, sy dengan pengerusi KEBIRU (Kelab Guru) & Setiausaha PIBG buat keputusan tak nak buat. Dah nampak macam berat sangat kan. Sukaneka je pun, mana perlu duit juta-juta nak buat. Tak nak bagi hadiah, tak payah la kan...tapi, disebabkan bangkangan berkali-kali, maka, sy ubah balik kertas kerja, kenselkan sukaneka dengan anugerah untuk guru-guru. Memang sebal & kecewa, tapi boleh bertahan lagi. So, di sini kan dah nampak sisi kiri yang berbisik kat sy awal-awal dapat tanggungjawab ni berkata 'BENAR' la kan? Cuba nak husnu zon, tapi su' zon lebih mendominasi. Huahua '=(
Ok, fineeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!
Sy pun selepas mengedit ruang sukaneka, belanjawan (kami plan nak adakan BBQ malamnya) & beberapa jawatankuasa, sy dengan muka manis berserinya mengadap DYMM untuk menghantar kertas kerja tu. Orang tua tu tak ada buat pepe pun kecuali sign beberapa dokumen. Sy dengan sopan santun bertatasusila lagi membentangkan secara ringkas kertas kerja yang sudah disiapkan. Dia pun senyum, kata ok je, bersetuju dengan semua cadangan sy & telah diputuskan oleh semua guru.
So, sy senang hati & happy la.
Gila x happy kalau orang tua tu setuju???
Tapi!!!!
Memang banyak tapi dalam ini celita ini kali T___T
Pagi ni, pagi-pagi buta lagi dia panggil PK mengadap dia. Dia cakap dia TIDAK BERSETUJU untuk mengadakan sambutan peringkat sekolah. WTH!!!!!! Dia tak ada panggil sy ponnn, tapi PK yang gitaw sy sbb sy sebagai penyelaras.
Perasaan pagi tadi?
Kosong .... Kosong ..... Kosooooooooooong ....
Muahaa.... Semua panas, tapi sy buat-buat cool, pasang headfon sambil dengar lagu Gannam Style. Padahal dalam hati............ Si mentee sy (banyak kali kisah durjananya memburukkan blog ni T___T) sengih-sengih memerli, sebabnya cadangan sy sebagai penyelaras ni direject!! Tapi, tak nak tambah dosa yang sedia ada, sy ignore je. Buat cam dia tak wujud pun. Tapi, cara tu berkesan kot...sebabnya, sy langsung tak sakit hati...Haha...Dia pulak yg sentap kot, sampai kuarkan status kt FB dy:
- Sabar itu indah....... Jika kte bekerja melibatkan rmai owg,kte perlu bertndk scra mtang,jgn fkir dri sndri jak....mun kte xfkir ngtif,jgn buat owg fkir ngtif.....yg snyap tu kdg2 mnykitkn... Peringtn utk dri sndri~ p/s: muhasabah pg..
Ada aku kesah? Tu sebahagian je. Banyak benda lagi yang selalu ditulis kat FB, tapi tak pernah seumur hidup sy balas balik. Biarlah menyalak sorang-sorang. Malas nak ambik peduli. Banyak benda lagi nak pikir.. Orang kata, kalau orang gila buat kerja gila, jangan ikut sama, nanti kita sama gila. Huhu..
So, tahun ni tak ada sambutan hari guru kot... ~Smile~
Tak penting pun sebenarnya, tapi bila tanggungjawab dah diberi, sy cuba yang terbaeeeeeek, tapi....... ~Smile again~
Apa-apa keputusan, tunggu je esok. Esok, secara rasmi sy akan menghadap orang tua itu..... ~Smile again again~
Hurm...
SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK.
Khusus buat guru-guru istimewa di sekeliling sy,
Zauji : AHMAD NAIM JAMALUDIN
Dedi : IBRAHIM MAT DAUD
MIL : MASHITAH SAAD
BIL : AHMAD FITRI JAMALUDIN
Ankel :
- AYAH JU, AYAH MIL, AYAH LONG, AYAH SE
Antie :
- CIK NA, CIK NI
Kazen :
- KAK LONG, KAK NGAH, KAK NA, TIAH, MIRAH, KAK AS, DAYAH, CHE LAH, ASYRAF urp..ramai lagi..malas nk list leh?Muahaa
Cekgu2, lecturer2, tutor-tutor,
-SK PENG. KUBOR 1, SK BUNOHAN, SK GETING 2, SMU(A) MEHELIAH, IPGKDRI
Kengkawan :
- GENG PISMP PIM 2008
- GENG PISMP AMBILAN JAN 2008
- SENIOR-SENIOR KDRI
Rakan sejawat :
- PRAKTIKUM 1 (SK LOSONG)
PRAKTIKUM 2 (SK DUYONG)
-PRAKTIKUM 3 (SK PADANG KEMUNTING)
- POSTING 1 (2012-sekarang ~harap sangat tahun depan kat sekolah lain dah~ SK STUNGGANG MELAYU)
SELAMAT HARI GURU SEMUA.
JASAMU DIKENANG.
selamat hari guru aiman.. :)
BalasPadam