Isnin, 13 Mei 2013

Apabila kuasa bukan di tangan kita.....

Assalamualaykum.

Rasanya sy belum pernah share pengalaman 'manis' berkenaan egTukar kan? Muahaa.. Amat manis, menyelerakan sehingga menjilat ibu jari kaki..Yukzzz T__T

Hurm, masa banyak ni.. Haha, minggu exam jadi sy buleh hapdet blog ni banyak-banyak-banyak-banyak kali la kot kan. Eh? Alasan zaman purba semata-mata. Kemalsan ini bukannya sebab pembawakan budak ke apa kan, ni pembawakan virus M yang bermaharajalela -____-

Hokey la...merapu meraban memang x sah kan. Berbalik kepada tajuk utama, xleh blah tol  sy dengan rasminya telah menghantar permohonan egTukar kepada DYMM GB yang teeeeeeeeeeeeeeeersaaaaaaaaaaanggggaaaaaaaaaat sy saaaaaaaaaaayyyyyyyyyyyyyyaaaaaaaaaaannnnnnnggggggiiiiii itu. Ha..tengok, bukti tu bertaaaaaaaaaaaaaaaaapa sy sayangkan sangat-sangat GB sy tu. Buweeeeekk..

Permohonan egTukar itu dibuka secara on9 pada 1 April dan sy telah mengisinya pada 2 April. Hokey, agak terlewat sehari di situ. Dengan penuh semangat sy mengisi benda alah tu sambil hati x putus-putus berdoa mengharap 'keajaiban' yang mungkin akan berlaku Mei/Jun nanti. 

Mula-mula sy isi opkos la Johor walaupun sy ada sedikit pengalaman pahit dengan salah seorang warganya berkenaan urusan beli belah kereta. Ok, lupakan. PPD yang dipilih, PPD Johor Bahru. Yup, memang...lari mulut buaya sy akan masuk mulut rimau. Lari dari Sarawak, sy akan masuk Johor. Kalau dapat, ameen, insyaAllah. Johor pun antara negeri yang digeruni untuk berkhidmat sebagai guru sama taraf seperti Sarawak & Sabah kerana sistem failnya yang sangat bombastik, tekanan kerja yang boleh menjulingkan mata, tapi kerana fikirkan suami & tak sanggup lagi hidup berjauhan, sy gagahkan diri untuk mencuba nasib. Bukan ke lautan api sanggup kurenangi demi cintaku padamu? Ceeeewah... Hehe

Memula isi, sy pilih SJK(C) sebab peluangnya sangat tinggi, tapi bila berbincang-bincang dengan suami dinasihatkan oleh sebahagian besar rakan setugas beliau, sy tukar balik buat SK. Hurm, dah setel-setel isi sy peramkan je dalam laci. Sorang rakan guru kat sini pun x tahu sy buat permohonan pertukaran. Tak jangka kot sy yang baru setahun lebih sikit-sikit ni akan buat permohonan itu. Hewhewhew.

Minggu kedua, minggu nazir datang. Sy memang x berkesempatan langsung untuk menghadap DYMM GB sebabnya seluruh isi perut  sekolah teraaaaaaaamat bizi dan kucar kacir dengan kedatangan nazir yang tidak diundang berkampung selama seminggu. Tapi, walaupun yang datang tu segerombolan nazir (penjodoh bilangan yang sangat melampau) 8 orang nazir pelbagai bidang, kami yang kecut perut ni mampu tersenyum lagi sebabnya mereka langsung x memberikan tekanan yang sangat menekan penekanan kami. Haha, terbelit otak tak? Pendek kata, walaupun perkataan jemaah nazir ni suatu makhluk yang menggerunkan, tapi kira OK la. Mereka tak seteruk yang disangka & digembar gemburkan. Nazir insaf kot...

Oleh sebab itu, selepas dinasihatkan oleh Kak Fad yang berjaya meloloskan diri daripada cengkaman Sarawak selepas 6-7 tahun bertugas di sini (T___T), sy pun mencari masa senggang GB semasa beliau goyang kaki di pejabatnya untuk beliau menandatangani borang permohonan egTukar yang telah sy print. Tapi, masa tu beliau x sign lagi sebab alasannya beliau sibuk. Sibuk la sangattttttttttt... Ok, foinnnnnn. Beliau suruh sy jumpa minggu selepas nazir semua berambus balik ke pejabat masing-masing.

Minggu ketiga, semasa sy berura-ura untuk submit permohonan sy kali kedua sebelum tarikh tutup pada 30 April, sy dapat tahu bahawa seorang lagi guru KPLI (kak Z) juga mengisi permohonan egTukar tu. Wah!!Ini sudah baeeeeek!!Sy ada geng untuk sama-sama menadah telinga nanti. Kami buat keputusan untuk sama-sama menghantar permohonan tu kat GB. 2 hari sebelum hari kejadian, GB sound kak Z tersebut...
"APAHAL KITAK MAOK PINDAH???! KMEK SIK AKAN LULUSKAN!"
Padahal, masa tu kak Z belum pun gitaw beliau apa-apa. Yang dah mengadap beliau sekali adalah sy. Mungkin ni orang cakap, marahkan nyamuk, kelambu dibakar.


Rentetan dari peristiwa tu, sy dengan Kak Z selalu mencari peluang untuk menghadap beliau betul-betul. 

Hari kejadian:
Bang La (PAR sekolah) yang merupakan penasihat agung DYMM GB melemparkan borang permohonan pertukaran kami di atas meja kat dalam bilik guru. Biasanya, segala urusan rasmi akan diserahkan kepada Bang La terlebih dahulu untuk dicop sebelub dihantar kpd DYMM GB. Masa Bang La tu lemparkan borang permohonan kami 4 salinan tu, sy ada di tempat duduk sy.

Sy: Apsal ni Bang La? (muka tersenyum dengan ketatnya)
Bang La: GB sik maok sign. Apahal kitak duak tek isi borang tukar????
Sy: Kami.....
Bang La: Sudah!! Apa-apa hal jumpanya sendiri. Kamek sik bertanggungjawab. (lepas tu dia blah camtu je)
Sy: (Hek eleh...Kerek gileeeeeeeer orag tua ni. Nasib baik dah tua.-Agak kuanghajo kat situ kan? Haha..Tajah3 =P)

Sy pun mengadu dengan Kak Z. Dengan muka bengangnya Kak Z cakap,"Meh Aiman, kita mengadap orang tua tu sekarang!! Punya la tunggu masa yang elok, mood dia ok tapi jadi camni jugak. Harap-harap ada sinar hari Jumaat ni." 
(Harap maklum, GB kami tu sedang dalam rawatan dialisis. Memang ikut mood dia je. Tyme angin pasang? Hoh, semua benda disemburnya. tapi lumrah orang jahat, lambat mati. Ala, cam cite hindustan tu la.....Si penjahat dok gaduh-gaduh dengan hero, sampai kena tembak, kena bom terlerai 1 badan tapi tak mati-mati jugak. Kalau penjahat jalanan? Sekali tempeleng dah pengsan kot. Alahai, rindu cite Kuch Kuch Hota Hai)

Sebelum masuk bilik DYMM GB, kat muka pintu lagi beliau sound system kami.
"Apahal kitak orang duak tok, buat kerja BODOH camya?"

Kak Z, "Cikgu, boleh kami duduk?"
Kami pun terus duduk atas sofa walaupun tanpa dipelawa. 

GB terus bagi bom: (Alih bahasa Melayu standard la yep)
Apahal awak berdua ni? Suka-suka hati mintak pindah? Awak belum cukup 5 TAHUN lagi berada di sekolah ni. Yang awak pandai-pandai mintak tukar apahal? Yang awak Z, baru 3 tahun. Awak Aiman, baru setahun, dah nak mintak tukar. Bukan syarat kena cukup 5 tahun ke? (Walaupun tengah sakit, tapi suara dia memenuhi seluruh pejabat. dia panggil semua PK masuk) Cuba tanya PK-PK sy, syarat dia kena berkhidmat lebih 5 tahun baru dapat tukar. (Kami cuba mencelah, tapi x dilayan last-last senyap dengan muka macam tertelan botol clorox). Awak memalukan saya. Awak berdua membodohkan sy depan PPD. Buat kerja tak pakai otak. Awak ni Z, kalau ustzh Aiman buat benda bodoh, buat benda silap apasal awak ikut??? (Aku dikatakan buat benda bodoh???!!Masa tu rasa cam nak tempeleng je orang tua x sedar diri tu) Ni yang sy tak suka kalau cikgu-cikgu kawin awal. Mula buat alasan nak ikut suami la. Baik x payah kawin. (Hello orang tua, apsal engko kawen bangang, bahlol?-Monolog dalaman je, muka masih tertelan botol clorox) Yang awak ni Z, kawin belum, dapat sekolah dekat dengan rumah, dekat dengan kampung, apsal awak mintak pindah? Benci tengok muka mak bapak, benci duduk rumah kat kampung? (Kak Z belum berkahwin & posting berhampiran dengan sekolah. Dalam 8-10 minit perjalanan sahaja). & potpetpotpetpotpetpotpet..........

Kami ada juga menjawab & mencelah, tapi ada orang tua tu kesah? Cakap dia je yang betul. Last-last kami cuma mampu diam. Diam bukan bermakna kalah & menyerah, rangka strategi baru.....

Last-last, selepas ceramah dia berakhir lebih kurang 35 minit kemudian, dinasihatkan oleh PK-PK & guru data dalam masa 20 minit dia tetap sign borang pertukaran kami tu dengan ditulis.......

TIDAK SOKONG!!!

Sambil mulut dia membebel-bebel. Dia siap bagi ugutan kepada kami dengan mengatakan disebabkan tindakan kami mintak tukar tu, dia akan membebankan kami dengan 10001 kerja lain. Wait n see la.......

Kisah kami sepanjang minggu tersebut menjadi bualan hangat di sekolah. & seminggu jugakla bebudak la diserang oleh sy & menjadi mangsa sy dengan kata-kata yang memedihkan telinga. Huhu...mahap la bebudak, ustzh biol sket minggu tu. Kalau GB korang bagi kerjasama, ustzah x akan layan korang cenggitu. Sowi2.. Huhu

Wahai KPM, 
Dah, acaner nak terus bertugas di sesuatu stesen kalau cenggitu la keadaannya? Ingat kepala otak center betul ke kalau hati & perasaan teringat dengan suami, anak, isteri, keluarga di kampung halaman? Ingat kami cekgu-cekgu ni xda emosi? Robot? Setiap permohonan pertukaran tu ada sebabnya. Ingat senang-senang ke nak isi pertukaran tu kalau xda sebab musabab? Kat Sarawak ni pun, bukan semua pun guru semenanjung mintak tukar, diulangi BUKAN SEMUA. Ada yang sanggup menetap di sini, memperhambakan diri untuk warga di bumi ini, hidup & mati di sini. Jadi, berilah peluang untuk orang yang mintak tukar untuk tukar sekiranya ada peluang. 

Wahai Tuan Puan, Dato' Datin, Tan Sri Puan Sri, Menteri Mentera KPM nak tanggung dosa ke kalau apa-apa terjadi terhadap perhubungan kami suami isteri, perhubungan kami dengan keluarga? Terlarat ke bahu tu nak tanggung dosa orang lain sedangkan dosa diri sendiri pun dah menggunung tinggi? 

Harap-harap ada sinar bahagia menanti. Harapan 50-50, tapi masih nak berharap. Semoga harapan ini tidak dikecewakan. KPM, sy x ada kabel ke wayerless ke, tapi sy ada Allah. Kuasa Allah tidak terbatas dek pilihan raya, tidak terbatas oleh kuasa manusia. Semoga Allah mendengar rintihan hambaNya, semoga permohonan ini diperkenankanNya. Sy nak balik JB je, bukan nak balik Kelantan atau nak balik Kedah. Tukar ke JB je, tolong la.. Beri sy ruang & peluang untuk berbakti kepada suami.  Ya Allah, dengarlah rintihan hambaMu yang hina ini dizalimi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan