Assalamualaykum.
En3 yang berbau sedikit bengang. 2,3 hari ni asyik bengang jek kerja sy kan?Huahuahua..
Kalau diri tu masih bergelar pelatih guru, masih di bawah BPG, menyara hidup pun dengan elaun, jangan nak berlagak la walaupun engkau tu lulusan Universiti Madinah, mahupun Universiti Oxford atau setakat IPTA dalam Malaysia ni je. Eleh, setakat UIA je pe barang beb kalau terhegeh-hegeh apply IPG. Kalau result engkau tu memang cemerlang, gemilang, terbilang, da boom, kebabooom confirm kerja yang cari engkau, yang terhegeh-hegeh masuk IPG & lepas tu berbangga,
"e'eh, sy MUNGKIN akan diserap ke sekolah menengah la sebab Bahasa Arab dalam silibus IPG tinggi sangat bahasanya"
atau
"eiy, dulu kat uni sy, sy sekian & sekian"
atau
"dulu, kat uni sy, sy aktif dalam bla..bla & bla..., lecturer yang mana x kenal sy, profesor mana yg x kenal sy"
Apa kejadahnya??? (Tetiba nak jadi Edisi Siasat T_T)
Perlu ke? Kalau dah rasa hebat sangat, kenapa masuk IPG kalau setiap kali bercakap merendah-rendahkan institusi tersebut? Aku pure dak IPG 5 tahun 6 bulan, result x pernah pun 3.5 ke bawah nan hado pun berlagak macam kau. Dari segi teori P&P, kami-kami yang maktab perguruan (dulu) lagi banyak input lecturer bagi kot. Kena pandai la sesuaikan diri dengan situasi kan? Kalau budak IQ macam labu labi, tak kan nak guna kaedah & teknik macam budak berIQ profesor madya kot. Agak-agak la beb. X perlu kot nak merendah-rendahkan taraf orang lain, terutama lulusan IPG. Oit, budak IPG pun ada degree apa?? Engkau tu memang lulusan U, tapi result? Setakat 2.9 atau 3.1 nak berbangga?? Buweeeeek!!!
Lagipun, sedar la diri sikit...baru bergelar pelatih JE kot..Bila-bila masa buleh ditendang. Tapi IPG ni baik hati, x akan tendang orang senang-senang. Tu pun x reti bersyukur ke?? Berbangga sangat gamaknya dapat elaun lagi besar dari yang pure PISMP, tapi sedar ke tak ada masa elaun tu berkat, ada masa jadi tak berkat. Kalau masuk kelas pun lewat 10 minit, kuar awal 10 minit, macam mana? Ke mana perginya hujah yang berdegar-degar? Amanah kot. Kita dibayar gaji, dibayar elaun untuk menyempurnakan amanah yang diberi, setimpal dengan kerja buat kita.
Conntoh: Kita dibayar dengan harga RM 10 untuk 60 minit masa P&P, tapi kita mencuri masa dengan masuk ke kelas 5-15 minit dengan melengahkan masa, macam mana dengan bayaran RM10 yang kita terima? Halal ke haram duit itu? Apa hukum makan harta halal? Apa hukum makan harta haram walaupun 5sen? Kalau masuk ke kelas lewat disebabkan ada hal lain, atau kerja-kerja sekolah jugak tak jadi masalah, ni sibuk berFB & sembang kosong. Macam mana? Kalau tegur pun, jawapan mesti..."ala...dekat U dulu bla..bla..bla..."
Masa mula-mula dalam prkhidmatan, 3 bulan pertama, sy akui sy pun kadang-kadang masuk kelas lewat sebab masih dalam mencari identiti sebagai guru novis, yang terkena kejutan budaya, yang menyesuaikan diri dengan kepelbagaian intelek murid (sebab sekolah 1 kelas bagi setiap tahap akan mencampurkan keempat-empat golongan murid dalam 1 kelas iaitu cemerlang, sederhana, lemah & super duper lembab). Tapi saya akan keluar kelas lewat 5 minit atau sehingga guru seterusnya datang. Selepas mendengar & membaca beberapa artikel mengenai rasuah masa, baru sy sedar yang sy dibayar untuk berkhidmat. Jadi sy perlu berkhidmat sehabis usaha sy.
Sy bimbang, sebab perangai buruk sy sekali sy menyampah & benci selama-lamanya sy akan begitu. Sekali mind set sy dah setkan 'itu' maka 'itu'lah dia. Bukan senang sy nak menyampah giler-giler kalau tak disebabkan bukti-bukti yang nyata. Sy bukan seorang yang mudah ambil hati, mudah tersentap, ambil peduli apa yang orang kata, tapi once dah berlaku memang sy tak akan senang-senang lupakan. Ni sikap buruk sy yang sy sedari. Harap jugak benda ni akan hilang nanti. InsyaAllah.
Sabar...sabar....sabar........
Senyum...Tak perlu kata apa-apa (status FB hari ni, tapi ramai yang salah tafsir. Terpulang atas pemahaman masing-masing. Am I right? =) )
Moral of da story mory is:
- Tak perlu nak berlagak, mengatakan AKU HEBAT sebab setiap orang mempunyai kelebihan & kekurangan masing-masing
- Tak perlu jugak merendah-rendahkan orang lain. Dari orang gila pun kita boleh belajar 'sesuatu' apatah lagi manusia normal.
- Jangan ingat kita selalunya di atas, sebab lumrah alam ada kalanya kita akan berada pada tempat yang paling bawah.
- Terima segala teguran orang. Kita berada jauh dari family, anggap sahaja orang di sekeliling kita adalah family kecil kita. Jangan cari pasal, jangan cari sebab nak bagi orang menyampah sebab hidup ni tak lama mana pun. Umur standard umat Muhammad 63 tahun je.
hohoho, siapakah yang bermulut lancang itewww.. ade je yang jeles ngan pismp kann
BalasPadamTah la..kita kan x masuk U macam depa2 ni....kita kan budak maktab je....
Padamsabar lah aiman....
BalasPadammasing2 ade ragamnya...
yg penting kita bangga jd keluaran IPG, program PISMP kan... =)
Iyep...walaupun boring 5 tahun 6 bulan belajar kat IPG, sy bangga menjadi produk IPG!!erk...BPG tak nak ambil kita jadi model IPG ke eh?haha
Padam