Isnin, 30 Julai 2012

Happy Anniversary

Assalamualaykum.



31 Julai 1986 - 31 Julai 2012
Happy Anniversary 26 / Selamat Ulang Tahun ke 26 buat Abah & Ummi. Dah 26 tahun saat abah melafaz akad dengan ummi. Dengan kuasa ajaib lafaz akad suci itu, maka lahirlah sy yang cun melecun ni & adik-adik sy yang berderet-deret. Hikhik..Macam ramai sangat kan? =p

Walaupun ummi telah meninggalkan kami semua kurang lebih 5 tahun yang lampau, namun kehangatan kehadirannya tak akan dilupakan sampai bila-bila selagi hayat dikandung badan. Very da miss her so much!! =(

Memang ma ada mengganti, bak kata pepatah, 'patah tumbuh hilang berganti' & ma memang kami adik beradik tidak pernah menganggap beliau sebagai ibu tiri langsung pun, tapi tiada siapa yang dapat manandingi ummi. Huhu... Sebab tu, masa baru mula-mula abah kahwin dengan ma sy diajukan dengan persoalan, "Nak panggil apa? Ummi ke?". Cepat-cepat sy menjawab "Ma!!". Alasan sy, ummi sy hanya ada seorang, ma sy pun ada seorang, kalau la abah nak kahwin lagi, mungkin akan difikirkan panggilan lain pulak. Hehe..Tapi harapnya x la kot. Kalau la abah gatal-gatal kulit nak mamadukan ma, sy rasa sy orang pertama kot kejar abah dengan senapang mainan.. lalala.. Saya sayang ummi sy & sy juga sayang ma sy!!

Apa pun, walau ummi sudah tiada, tapi hakikatnya pada tarikh yg sama 26 tahun yang lampau telah menyaksikan pernyatuan dua hati menyebabkan sy & 3 lagi Ummat Muhammad wujud di dunia ini. Emm, tapi sy kompem lagi pasti bahawa tarikh 31 Julai pada 26 tahun dahulu bukan pada bulan Ramadhan punya la..Hehe.. Lupa lak nak gugel tarikh hijrah.. Apa pun, 

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Ummi, Abah.

p/s:
- Tak tahu nak wish ke x kat abah..Huhu
- Harap-harap baitul muslim yg akan dibina nanti berkekalan selamanya di bawah keberkatan Ilahi. Ameen.

Ameen...
Sama-sama amalkan ^_^



2 ulasan:

  1. Anniversary Aiman dengan si dia bila pulak...?
    Dah berapa tahun? 5 tahun eh...? hehehehe.. =p

    BalasPadam
    Balasan
    1. uik??anniversary?ntah..lupa..haha...x pernah sambut anniversary2 ni..tggu sah dulu baru sambut kot..lalala

      Padam