Isnin, 5 Mac 2012

Checklist!

Assalamualaykum.

~09 Mac 2012~

Tarikh yg ditunggu selepas 2 bulan lebih dihantar di bumi Sarawak ni.. Hari-hari dok belek boarding pass macam dok belek surat nikah..Ekeke...Harap-harap selamat sampai dan boleh jumpa keluarga tersayang yg sentiasa dirindui.

Sarawak...tanah tumpah darahku Sarawak...(Lagu negeri masih sik ingat kamek =( )



Alhamdulillah, gaji walaupun guna Gred DB27, dah ada dlm akaun lebih kurang 2K lebih..Terkejut juga bila check akaun ada banyak tu sebab sebelum ni dok bajet dlm RM8++ jek.. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Walaupun sikit, tp sekurang-kurangnya merasa hasil titik peluh pertama bergelar guru ni.

Dalam ketidaksabaran menunggu tarikh 09 Mac ni, dengan duit gaji juta-juta (sekadar hiperbola T_T) dalam kepala otak yg bijaksana bijaksini ni dah merangka pelbagai checklist yg akan dibawa balik..Hehe..Bagasi ambil yg 15kg.. Akan kupastikan 15kg itu dimanfaatkan secukupnya!!

Harap-harap semua mampu dibeli sebagai buah tangan pertama dr Sarawak buat keluarga menggunakan gaji pertama.. Hitung kira tadi dalam RM3++ gak kot lebih kurang. Hurm, xpe..bukan selalu..Lain kali pikir-pikir gak kot..Haha...
Antara barang yg sudah diplan untuk mengurangkan amaun dalam debit card RHB sy ialah:
  • Kek lapis
Menggiurkan betul..Yummy2..Tp pastikan halal baru beli =)




  •  Ikan terubuk & telurnya (myb beli ikan je rasanya)

  •  Lada hitam (Ma kirim sekilo)

 
  • Tshirt (yg penting da perkataan Sarawak =p)
 
 
  • Beras huma hitam & merah (beras yg ditanam di kampung-kampung~jarang dijual disebabkan rasanya yg sedap & berkhasiat-dah beli 2kg beras hitam, 1kg beras merah)
Try dulu, sedap beli lagi
  • Kain batik Sarawak 
Kat Serikin lg murah kot....tp.......(klik di sini T_T)
  • Udang galah (dah tempah 2kg dgn cleaner sekolah untuk disejukbekukan)

Glemer udang ni, buleh nek flight jugak =p
  •  Kerepek a.k.a jajan yg pelik-pelik kat Sarawak
Nak cari yg xda kat Smnjung ja
  •  Keychain (done - beli di Serikin 6,7 minggu yg lampau)
Benda yg wajib beli bila pergi ke satu-satu tempat..Mudah + Murah..Huk3 ^_^


2 ulasan:

  1. salam dik..citer2 adik ni mengingatkan akk kenangan manis mula2 merantau di bumi kenyalang dulu, 6thn yg lalu..

    BalasPadam
  2. Ummu Fathi:
    Waslam..Hurm..baru nak memulakan hidup di bumi asing ni kak...harap dpat bertahan..setakat ni semua ok2 lagi..mintak2 ok juga selagi khidmat di sini masih diperlukan =)

    BalasPadam