Assalamualaykum.
Buka FB kompem terjah page group yang di'like'.
Yang memula dibuka tentula group eg Tukar Pertukaran Guru.
Walaupun tak terlibat secara langsung dengan 'sumbang saran' guru-guru otai, mahupun guru-guru novis tentang pertukaran guru tu, tapi syok jugak melayan post-post cikgu yang gembira dapat pindah, guru yang tensen pertukaran tidak diluluskan, guru yang dah merapu meraban meroyan, guru yang banyak maklumat, guru yang ada kabel wayerless bagai, & macam-macam lagi la cerita ceriti cekgu-cekgu. Yang paling syok, baca post cikgu-cikgu yang bengang xleh pindah. Huhu...
Cekgu manusia biasa hokey, bukan robot yang takde perasaan. So, standard la kalau ada yang berkeluh kesah, libang libu. Hehe.. Sy syok baca je, tapi tak pernak komen pon. Ngee~~
Group yang kedua diklik, yang paling teruk menghantui sy rasanya setakat ni adalah group Novel Preloved. Ntah manusia mana yang invite sy pon tak tahu, *marah ni.!!marah ni...!!!*, group ni la yang paling banyak membuatkan duit sy melayang-layang. Setiap gaji kompem 5/6 buah novel preloved dirembat sesuak hati. Muahaa... Maklumla...dok Lundu ni takde kedai buku Popular, MPH bagai kan, so, 'kesusahan' yang 'melampau' untuk mendapatkan stok novel itu menyebabkan ringan je tangan ni nak klik-klik RHB on9 atau CIMBCLIKS dan taraaa...dah melayang 70-80 hengget..Huhu...
Biblioterapi beb.
Ekekeke...
Terapi terbaik sy ketika tensen adalah melayan novel-novel. Haha...
Walaupun novel preloved ataupun dalam bahasa kasarnya novel bundle *istilah negara Zimbabwe =P*, tapi ada aku kesaah?? Haha..Janji buleh baca, tak luak pon beli yang 2nd hand..Yang penting kepuasan membaca. Dasaarrr sangat kan -__-
Yela, bayangkan 1 novel baru harga RM 30 ditolak diskaun *suka g POPULAR sebab bila guna kad, diskaun best!* tapi dengan novel preloved ni novel yang sama dapat harga dalam RM 20-RM23... Huhu..tak ke dah jimat tuu.. Tapi kena pandai deal dengan penjual sebab harga pos ke Sarawak ni amatlaa mencekik... Kalau penjual yang tak kesah sangat tentang harga dan tak berkira langsung, memang besh la..Tapi, kalau dapat penjual yang kemut sangat berkira harga pos, memang sy kirim salam je. Huhu..
(Rasa macam nak jual sebahagian daripada novel sy, ada orang nak beli ke tak eh? Angkat tangan!!)
Group ketiga yang suka sy buka untuk cuci-cuci mata adalah group Kelab Wanita Niaga.
Boleh dikatakan hampir semua peniaganya adalah wanita.
Dah nama kelab wanita kan..kalau kelab pemuda tu lelaki la kut -__-
Biasanya sy tak tertarik pon dengan iklan-iklan produk kesihatan la, produk kosmetik la, produk kuruskan badan yang berkesan la *walaupun penjualnya demok!* tapi, bahana klik-klik-klik-tertarik ni la yang buatkan sy order 2 barang ni. Huhu... Bulan pose kot..nafsu makan tu lebih.. Hehe.. *salahkan bulan puasa yang mulia ni pulak*
Nak taw pe yang sy order?
**
**
**
**
**
Yang bestnya tak perlu bakar atau kukus, peluh-peluh tiup asap, check-check degree oven bagai kan, just campur-campur, kacau dan tunggu azan Maghrib dah buleh ngaapp!!.
Sonang!! Bak kata penjual dia la kan.. Tol ke tak tol ke nanti kita try bila order tu dah sampai.
Dasar pemalas kan..Hoho...
![]() |
| Caramel = RM10 |
![]() |
| Cheese Cake + Topping Bluberry + Oreo = RM 23 |
Uhu..Menggiurkan bukan?!
Apa?? Korang tak heran ponn??
Xpe la.. *sedih*
Haha..
Try n Error la buat benda tu.
Harap-harap menjadi dan sodap la hendaknya.
Mengidam ni, mengidam.. Ngeh2 ~__~
Kalau best, leh beli buat balik kampung la kan?
p/s:
Beli ni pon survey 2-3 penjual. Huhu.. Dan semestinya sy pilih yang paling murah.
Hujung bulan ni ohhoooiiii...
Tiket akhir tahun tak beli lagi,
Yang penting duit raya lom tukar lagi!!
Kasut raya pon tak muncul lagi!!
Handbag raya pon!!
Eheh, cam nak beraya sakan nampak??
Haruslah untuk verangan kan? =P
Kalau menjadi dan rajin, sy akan update hasil 'karya' sy nanti =)



