Rabu, 13 Ogos 2014

Lama tak muncul,apabila muncul.....

Assalamualaykum.

Lama tak muncul, apabila muncul......

---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
MENGAMUK!!

Haha..ni kisahnya:

Ada satu bilik ni....dulu tak adarupa bilik. Dijadikan bilik KHB. Tapi tak berfungsi macam bilik KHB yang normal. Baru tahun lepas dijadikan bilik buku teks dan baru tahun lepas jugak sy dilantik on da spot sbg penyelaras.

Memang tak ada rupa bilik lagsung, dengan sampah sarap, kotor, hapak, tahi cicak merata. Biasalah sekolah luar bandar, tambah-tambah kat Sarawak.

Mula-mula tahu, mengamuk jugak la bila kena jaga bilik buku teks dan segala mak nenek yang berkaitan. Yang g kursus org lain, yang kena bambu/kuli org lain. Bilik tu bawah PK HEM sebenarnya. Tapi keje dia campak kat sy. *Benda biasa*

GB pn suka hati bagi arahan, cikgu buat biar smpai peringkat boleh bertanding. Biar kita dapat sertai pertandingan. Waddehel????? -..-

Setahun tahun lepas sy buat tak tahu. Lama-lama, sy fikir tak boleh ni. Sy dah dapat amanah, sy kena buat semampu sy boleh walaupun ada cacat celanya. Lepas GB kata, terpulang kt cg la nak buat camne2, sy pun mula cat baru, kemas buku sikit2 (tahun lepas).

Awal tahun ni, lepas xleh pindah lagi, sy mintak peruntukan dgn sekolah nak beli langsir dan tikar getah. Sy memang nak dok bilik sy. Dah nama paksa rela jadi penyelaras kan? Plus malas nak campur dgn cikgu2 yg pelbagai ragam. Januari sy mintak, bulan pose baru dpt tikar getah. Dengan letih pose, angkat balik rak2 buku yg berat2 tu dibantu cleaner. Cikgu lain? Cikgu lain sorang pon tak tolong.

Sy pujuk hati,
xpe, ni bilik aku,biar aku yang buat semuanya walaupun sorang2.

Bila dah ada tikar getah, sy g beli langsir sendiri. Kali ni tak mintak duit sekolah dah. Kalau mintak tak tahu tahun bila baru dapat. Habis beratus kot beli langsir dgn sarung kusyen. Set kerusi ambik kt stor. Yang memang takda orang nak pun. Gb sedekahkan. Sy yang g kutip. Tengok sarung kusyen koyak rabak, sy beli baru, guna duit sndiri walaupun barang2 kat Srwk ni mahal sekali ganda dari semenanjung. Sy beli perfume,jam,semuanya sesen pun tak ambik duit sekolah.

Dah siap semuanya sy memang pindah masuk bilik buku sy tu lepas raya. 

Sy mintak kebenaran GB utk buat jualan alat tulis kecil2. Untungnya untuk menampung perbelanjaan make over bilik nanti dan GB bagi sebab sekolah memang tak ada koperasi.

Modal apa semua duit sy. Bila dah maju, murid2 seronok membeli, sebab sy jual harga murah mula ada yang tak puas hati......macam2 perli.. Tapi sy x peduli,lantak la. Malas nk menyemakkan otak. Ada aku kesah??

Budak2 suka la,bilik bersih,wangi. Gb pun puji2 la leh transform dari bilik xda guna menjadi bilik yang lebih elok dari bilik guru.

Sekali, hari ni, nurse gigi datang, bukan main lagi pk hem arahkan sy kosongkan bilik sy sbb nk gunakan bilik utk rwatan. Apahal kau???? Alasannya bilik lain kecik, x sesuai. Padahal, bilik lain tu masih kotor, berserabut. Ada je bilik kaunseling, sama besar dgn bilik buku tu tapi cikgu dia x uruskan memang hapak la. Senang2 halau sy, dh la 2 minggu. Memang rasa menyampah gila. T..T

Tu yang mengamuk sakan. Sape yang tegur sy memang mendapat la hari ni.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan