Khamis, 3 Mei 2012

KEBENGANGAN!!

Assalamualaikum

Gaji DB27 hanya cukup lepas tiket flight jek..

Uwaaaaaaaaaa............Bila la nk merasa gaji betul hasil jerih perih belajar 5 tahun 6 bulan dulu ye?Penat kot belajar, wat esemen sampai x tido malam, tp last2 gaji RM12++ je... Bukan x bersyukur dengan apa yg dah dapat, tp memandangkan sekarang dunia duweeeeeett membuatkan sy kepanasan jugak la. Hisy...*lambat lagi la nak leh kawen gini*

Tengok ye rege tiket sy untuk cuti bulan 5-6 ni..

25 Mei 2012
  • KCH-KUL = RM136
  • KUL-KBR = RM169
10 Jun 2012
  • KBR-KUL =RM 251
  • KUL-KCH = RM200

See?? Untuk tiket je RM800 duwet sy terbang melayang2...Ni baru AirAsia...kalo kot2 mengidam nk nek MAS camne la gamaknye ye? Camne sy nk redha, pasrah, berserah dengan gaji setakat celah gigi je tu? Bengong betul la sape2 yg x pandai sangat buat gaji sy. Dah terang-terang kot DEGREE xkan la buta sangat..Orang buta pun tahu kot nak bezakan..Ni la yg dikatakan celik mata, tapi buta mata hati.

Masa 1st tyme dpt KEW8 gred DB27, cikgu data sekolah nasihatkan sy untuk mengadap unit gaji kat PPDLol  supaya diubah gred gaji sy sebab sy ni siswazah & paling kurang pun layak untuk DC41..Oleh itu, dengan penuh konfidennya sy gedek2 pinjam kete Kak Ina pergi PPD sorang2 mengadap pegawai kewangan tu. 

Dengan penuh keayuan + kelembutan sy tanya makhluk tu. Dy kata sy dapat gaji mula2 ni atas ehsan PPDL. Patutnya sy kena bersyukur kerana sepatutnya x akan dapat gaji lagi bagi mana2 guru yg baru posting dalam 3,4 bulan, tp sy dh dapat. Ok, fine. Disebabkan sy baru 4 minggu berada di London ni, konvo pun belum, jd sy telan bulat2 pe yg dy kata memandangkan pada waktu itu kawan2 kt tempat lain di SARAWAK ni belum dapat gaji lg pun, tp sy dh nk merasa gaji pertama. Gaji bulan JAN (RM 800) + FEB (13++) = RM 21++. Jadi la kata hati kecil sy untuk bekal g konvo.

Lepas dpt surat SPP yg lambat giler nk sampai (berbanding kawan2 di semenanjung) sy ditawarkan dengan gred DG1-1 untuk PPPS. Tp silap jugak SPP ni, patutnya kerajaaan tercinta belum umumkan lg soheh atau x penggunaan SBPA, dy dah terang2 tulis kat surat tawaran tu DG1-1..Bila dah x jadi, nk guna SSM balik kn payah. Adoi...

Sy call SPP nk tanya status camne, tp dy cakap sy layak dapat DG41 terus bukan DC41 dah. SPP suruh PPDL uruskan ikut gred DG41. So, pergi mengadap PPDL sekali lagi. * Tapi sebelum tu dah call berkali2 PPDL* Pum pam pum pam last2 dy cakap dy nak nak gak surat baru dr SPP mengatakan sy dapat DG41 sebab takut sy tipu. Wat da hell la kn?Dy x taw nk cakap pe, dy cakap jangan bandingkan sistem pentadbiran di SARAWAK ni dengan SEMENANJUNG.  Sbb sebelum tu sy dh sound dy, kenapa semenanjung dpt je urus gaji guna surat tawaran SPP tu. SARAWAK ni lain..katanya la.OK.tarappa...sy pun cakap, sy bukan nk bandingkan dengan semenanjung, tp tengok je la PPD jiran, cam PPD PADAWAN ke kn di SARAWAK jugak, tp kenapa leh je dyrg proses guna DG41????Haa..ambek kau..terdiam dy x terkata. Last2 modal dy, dy kata nk tunggu jugak surat baru dr SPP sedangkan SPP kata x akan kuarkan surat lain dh. Sape yg bahlol sekarang ni??Mereng jap wase. Huh~

Yg jd magsa sekarang ni ialah sy dan Awang. Kami berdua je kot dicampak ke LONDON ni dan kami berdua juga yg ada masalah gini. Sebesar2 SARAWAK ni, LONDON ni je yg ngokngek rasa2 bermasalah camni.

GERAM!!

Kerenah birokrasi memang bangang!!

Harap2 dapat diselesaikan secepat mungkin. x larat dah. Orang lain bergembira dengan tunggakan 13% SSM, tp kami gaji bersih dpt selepas tunggakan rm 21++ je. x ke bangang lg bahlol namanya tu?

WAHAI PIHAK BERKENAAN,
SILA URUSKAN HAL SEPATUTNYA KORANG URUSKAN. INGAT, DOA ORANG DIZALIMI AKAN DIMAKBULKAN ALLAH.


2 ulasan:

  1. kerani gaji tu malas buat kerja...
    sepatutnya dia refer pegawai atasan..
    bukan main sedap buat arahan sendiri...
    pergi JPN lah aiman cmni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa cam arahan PPD Lol tu la kak..sbb td sy da terima surat dr ppd mengatakan dyrang x akan bagi gaji betul selagi xda surat..mmg hampeh la kan..klo jpn dekat, harti2 kot sy g..ni mslahnya jpn jauuuuuuuuuuuh....nk g pon nk kena nyusahkan orang len..tah la

      Padam