Assalamualaykum.
Memang sy ditempatkan mengajar di SARAWAK. Kembali ke tempat tumbesaran zaman muda2.. Umur 5/6 tahun baru balik ke kampung halaman semula. Ummi abah posting sana 80an dulu2, mungkin badi SARAWAKIAN terlekat kat anak sulung mereka ni. I'm going to be a SARAWAKian!
![]() |
| Bakal peneman hari2 sunyi..Cewaah... ^^ |
Alhamdulillah, jutaan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana terpilih untuk ke negeri orang yg jauh beribu batu dr kampung halaman untuk mencurahkan sedikit ilmu yg ada untuk bakal anak didik di bumi kenyalang untuk panduan duniawi & ukhrawi. Sy redha. InsyaAllah, tugas murni ini akan dipikul sehabis daya usaha sy selagi diperlukan
Jarak KELANTAN-KL. KL-KUCHING akan arif dihafaz selepas ini seperti jarak KELANTAN-KUALA TERENGGANU selama 5 tahun 6 bulan menimba ilmu di negeri penyu. Sy cuma bimbangkan kondisi keluarga selaku anak sulung. Sy melabuhkan doa ke hadrat Ilahi moga abah, ma & adik2 sihat selama mana sy merantau. Kak Yong tinggalkan kalian di bawah jagaan Allah s.w.t. Hanya Dia yg maha Mengetahui segala sesuatu yg terbaik untuk hambaNya.
Sy x ada masalah untuk ditempatkan di mana2 pun, kerana tugas guru bukan mengajar murid2 di kawasan rumah sendiri sahaja. Am i rite? Tp yg membuatkan sedikit rasa terkilan di sudut hati ini melihat post2 yg sengaja ditempak di FB dgn penuh riang gumbira dapat penempatan mengajar depan rumah. Buka pintu bilik tido, terus masuk pagar sekolah.. Jalan 2,3 langkah terus sampai depan bilik GB dr dapur rumah. Itu rezeki masing2.. Semua tempat ada cabaran & keistimewaan masing2.
Namun, post2 di laman sosial membuatkan sy agak tersentap & sy percaya teman2 senasib pun merasakan perkara yg sama. Sedikit persoalan sy:
Tidak terfikirkah mereka seandainya mereka berada di tempat kami, warga2 yang terpilih & bertuah yg terpaksa terbang di awal perkhidmatan ini untuk menyeberang lautan?
Tidak pernah terfikirkah perasaan kami yg terpaksa meninggalkan rumah & kampung halaman dalam suatu tempoh masa yg belum pasti bila akan kembali?
Tidak pernah terbayangkah mereka perasaan ibu bapa kami yg risau melepaskan anak2 dara & anak2 teruna mereka bersendirian ke negeri orang yg hanya boleh sampai dengan terbang?
Tolonglah..
Tolonglah faham situasi kami.. Hadirkan sedikit perasaan simpati walaupun bukan empati, walaupun bukan kata2 semangat untuk kami. Bukan mahal pun harga yg kena bayar untuk setitis rasa simpati. Kita adalah guru, sangat tidak manis untuk post benda2 yg mampu memperbodohkan diri.
p/s:
i) Sedang menunggu jadual penerbangan
ii) Sedang menanti daerah mana bakal ditempatkan. Harap2 area yg mudah perhubungan
iii)Sedikit emo en3 ini..mewakili luahan hati SARAWAKIAN 2012
iv) Peace no war ^_^

Sabar aiman...
BalasPadamKalau rasa sesak sangat dada tu, cuba angis utk luahkan segala-galanya...
Yang akak risaukan kenapalah korang lambat sangat tau daerah tu... kalau dah tau, mmg senang nak prepare fizikal dan mental..
Tipulah kalau akak kata akak pun tak terasa bila diorang post dapat dekat dengan rumah lah, ape lah..
Kawan aiman yang dapat selangor tu.. sekolah diorang sume sangat2 dkt dgn rumah akak..
Tapi, akak percaya... bukan selama-lamanya kesenangan milik diorang. Akak berani jamin, mengajar kat Sarawak ni akan lebih rileks berbanding kat semenanjung...
Sepanjang tahun lepas, boleh kira dengan jari, berapa kali je akak dtg sekolah hari Sabtu...
Tapi, kalau kerja kat semenanjung.. hampir setiap hari sabtu ade LDP.. percayalah aiman... ade nikmat besar yang Allah turunkan untuk ujian ni..
Jujurnya, x penah nangis lg semenjak taw nk terbang sbb ready je kat ne pun..tp masa kt epot nnti tataw la..mau meraung gak memula ni kot..hehe..
BalasPadamTerima kasih k.hana..nnti da rezeki kita jumpa nnti yep, harap sgt2 dpt area Kuching..mujur gak da senior2 kt sana sebelum ni..kak hana,kak azie banyak membantu...TQ sis ^_^